Followers

Monday, January 31, 2011

update 01:58am 1/2/2011 (Selasa) GMT +8

dilaporkan oleh Nurul Nadia:

Airport Cairo:

1. semua flight Egypt Air ke Kuala Lumpur tiada jaminan bahawa pesawat itu akan terbang ke KLIA, memandangkan Egypt Air telah banyak membatalkan penerbangannya.

2. beberapa pelajar yang menaiki Gulf Air selamat menaiki pesawat (boarding) -ATAS TIKET SENDIRI, BUKAN PROSES EVAKUASI-

3.  kami masih lagi menjejaki kawan-kawan kami yang baru sahaja tiba di tanah air, kepada kawan-kawan yang baru sampai tanah air, sila hubungi Azizi Al Fahri dan Nurul Nadia dengan segera.




AM 7.47AM(WAKTU MESIR) : KAMI DAPAT MENGHUBUNGI RAKAN DI SANA, DAN ALHAMDULILLAH TELAH ADA PIHAK KERAJAAN DARI MALAYSIA YANG SUDAH SAMPAI KEMESIR. SYUKUR.

update 01:28pm 1/2/2011 (Selasa) GMT +8

update latest:

dari Azizi Al Fahri dan Nurul Nadia

kaherah:

1. pelajar malaysia di malaysian hall selamat dan dalam keadaan baik di sana


mansurah:
1. keadaan pelajar di sana aman dan selamat, ada pergerakan pelajar bergerak dari Mansurah ke Airport Cairo dalam keadaan berkumpulan dan beramai-ramai, di iringi mushrif (penjaga/pengawal) dari kalangan mahasiswa malaysia. -ATAS INSIATIF SENDIRI -

malaysia:
1. sebilangan pelajar telah berjaya sampai pada hari ini di KLIA


p/s: kami akan terus menghubungi mereka di sana, dan kami sedang berusaha untuk menjejaki kawan2 kami yg baru sampai tu, diharapkan semua dapat beri kerjasama. kami memohon maaf atas lambat update kerana situasi bertambah sukar untuk menghubungi mereka di mesir.

LAPOR DIRI

dari Azhar Hamzah

Kepada semua pelajar Mesir yang telah selamat pulang ke Malaysia atau bercuti di luar negara, minta laporkan diri kepada Azhar Hamzah(+60197461059), Aina Azman (+20166947899) atau Ahmad Akmal Aziz (+60193521003).boleh juga dihubungi melalui FB mengikut nama yang tertera.

dari Ahmad Akmal Aziz
Ramai yg tnya macam mana nak hubungi anak/rakan mereka di mesir..
ade 3 cara mcm mne nak hunungi mereka kat mesir.. 
1) pki Telefon Bmbit.. sy mengunakan celcom.. letak +2 diikuti no mereka di mesir.
2) pki Voip melalui internet
3) pki telefon rumah (letak 002... diikuti no mereka di mesir)

klu tak boleh call.. maknanye no anak/rakan tersebut telah di block oleh Gov mesir, dan ianya slalu berlaku kpd no lelaki, hanya ade 1 cara shj utk hubungi.. iaitu 
3) pki telefon rumah (letak 002... diikuti no mereka di mesir)

pengumuman LAPOR DIRI

PENGUMUMAN PENTING : Kepada semua pelajar MESIR yang telah SELAMAT sampai ke MALAYSIA selepas krisis ini, sila LAPOR diri kepada setiausaha wakil pelajar di sini, AZHAR HAMZAH, untuk pangkalan data bagi membantu Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Boleh hubungi beliau di: +60197461059, sebarang kemusykilan bolehlah merujuk kepada kami. Sekian.

kemusykilan sila rujuk kepada saya, Azizi Al Fahri dan pembantu saya, Nurul Nadiya.. boleh hubungi kami secara personal di talian hp kami, num hp saya: +6013 5010365, num hp Nadiya: +60173193923.. harap semua pelajar dapat melapor diri bagi memudahkan segala urusan pegawai kita di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. kami akan hantar pangkalan data ni kepada mereka kelak, inshaAllah.

tips komunikasi pelajar mesir*

beberapa jalan telah dikenalpasti untuk membantu komunikasi pelajar mesir:

1. bagi num hp yg telah di "blocked", rakyat malaysia masih boleh menghubungi mereka dengan menggunakan talian telefon rumah, masukkan kod 002 kemudian diikuti num telefon hp pelajar di sana.

2. twitter dilaporkan telah pulih

3. gunakan proxy server dalam internet browser, antara proxy yang telah dikenalpasti adalah:
http://esiontelracs.appspot.com/

untuk pengetahuan, talian ADSL TEDATA masih berfungsi, cuma connection internet sahaja yang dihalang, setakat ini update yang terakhir.

update 00:02am 1/2/2011 (Selasa) GMT +8

alhamdulillah, laporan dari mansurah:

1. keadaan semakin terkawal, kebanyakan pelajar telah maklum akan "code orange"
2. baba (tuan rumah) melindungi pelajar malaysia
3. pelajar malaysia dapat keep update dgn menonton televisyen satelit di rumah baba masing-masing
4. jalan ke airport dari mansurah ada 4 road block yg diuruskan oleh tentera, setakat ni perjalanan pelajar dari mansurah ke airport dilaporkan selamat ketika siang hari
5. pelajar mansurah sedang menuggu arahan untuk evacuation (bagi mereka yg sudah maklum)

-anonymous, direct call -

update 23:49pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

tadi dpt call housemates.diorg dah mula packing bag.diorg selamat walaupun still berjaga2.banyak2 kita doa untuk keamanan bumi mesir.banyakkan solat hajat.hanya Allah yang mampu tolong.


-Nurshafiqah Izzati-

update 23:29pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

Mansoura update: just called fatin shabirah, things are ok in galaa street. the food price is still the same. tir'ah area is NOT SAFE. muhafazah dah biasa dgn tembakan. tiada tindakan mengumpulkan pelajar malaysia mansoura. tindakan mengumpul hanya untuk pelajar2 cairo dan alexandria.esok rusuhan besar2an. jd, mereka hanya duduk di dalam rumah sahaja.


-Hannah Sahimi-

pengumuman rasmi dari PCM (Perubatan Cawangan Mansurah)

Salam

(Update Egypt GMT+2 11.38 am, Malaysia GMT+6 5.37 pm, United Kingdom 9.37 am)

1) Update keadaan keseluruhan di Mansurah
-Seramai 32 orang pelajar Malaysia Mansurah terkandas di Airport Cairo.
-Perintah berkurung dilanjutkan dari pukul 1ptg sampai 8 pagi keesokannya
-Connection (SMS, Internet putus) tapi direct call in and out masih boleh
- Barang2 mostly dah naik harga
-Keselamatan keseluruhan banyak bergantung pada keprihatinan masyarakat Arab setempat untuk jaga daripada banduan dan lain2
-Aktiviti persatuan dan universiti dibekukan

2) Tindakan PCM
-Keadaan di Mansurah insyaAllah selamat dan terkawal
-PCM dah rangka sistem keselamatan untuk setiap kawasan (ada ikhwah jaga setiap kawasan, akhawat memang xkeluar langsung kecuali ada hal penting, dan berteman musyrif)
-Rompakan @ harassment kepada pelajar Malaysia Mansurah setakat dilaporkan masih tiada
-Semua pelajar dalam keadaan berjaga-jaga
-Sekarang dalam rangka update bilangan terkini pelajar malaysia yang ada kat Mansurah

3)Harapan dan doa
-Semua pelajar di Mesir terutamanya Mansurah mengharapkan doa dari kalian semua. Untuk elak maklumat2 yang xsahih, boleh terus call Pengerusi PCM Ahmad Azizi Md Jusoh +20110706817 atau Pengarah JAKSI Muhammad Imran Jaamat +2011 1015951

InsyaAllah, kita doa2kan semuanya selamat. Hanya Allah yang boleh bantu kita,so minta pertolongan banyak2 dari Dia. Jkkk

Nik NurFariha Mohamed Zalami
Timbalan Setiausaha PCM 10/11
Sekarang di Aldgate East, London
+447871108399

update 21:58pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

Salam Azizi, baru jer dapat call adik, dia di Cairo skrg. Keadaan terkawal katanya. Alhamdulillah. Cuma nak tunggu diorang ni nak dibawa balik ke Malaysia atau pun ke negara jiran, x pasti lagi.  -Nurul Alyaa-




Mansoura's now in code orange!! sikit lagi nak red. so embassy is collecting mansoura names and they're getting ready to evacuate to jeddah insyaAllah. btw, kite semua kene inform embassy kte dah pulang. embassy nk tahu our location.
0020237610013 -
Ct Nughulnadeeya Rahaman-


1.mereka diarahkan bersiap sedia packing barang2 keperluan yang penting untuk proses evacuation
2.insyaAllah mereka akan keluar dari Mesir mulai esok atau lusa
3.mereka akan menaiki kapal(ship) memandangkan Alexenderia berdekatan dgn laut(alhamdulillah)
4.untuk setakat ini mereka akan di evacuate ke TIGA negara:-
-Libya(ZAHIRAN & KAWAN2 NYA CONFIRM)
-Jordan
-Saudi Arabia

ALHAMDULILLAH....    -Farahiyah Ismail-



saya berjaya menghubungi saudari ZAHIRAH ESAHAK(3rd year medic student ALEXENDERIA UNIVERSITY) sebentar tadi.Antara maklumat sekarang:-

1.mereka hanya dapat keluar dari rumah antara jam 08:00am-02:00pm
2. pelajar diarahkan mematuhi perintah berkurung 04:00pm-08:00am
3.untuk pelajar akhwat(perempuan) mereka di bahagikan kepada 3 checkpoint mengikut tempat rumah masing2)
-checkpoint pertama-Gama'ah
-checkpoint kedua-Asrama mara
-checkpoint ketiga-Rakoda
3.mereka berkumpul ramai2 dlm satu rumah.(40 org satu rumah*tujuan keselamatan)
4.pada waktu malam 'lighting off' dan mereka diarahkan supaya berdiam dalam rumah
5.ramai pelajar kesuntukan kewangan memandangkan bank ditutup
6.kredit telefon dijual 2kali ganda lebih mahal   -Farahiyah Ismail-





baru lpas call adik, hafiza hasan ganny, dier kata dier dh dpt boarding pass, so tggl nak nek kapal terbang alhamdulillah..jadi sekumpulan pelajar dari alex dh nk terbang ke bahrain dahulu, n then ke mesia [mmg dh plan nk blk mesia lama]..itu je laporan dr abg beliau

bagaimana dengan pelajar agama kat sana??risau gak nie, harap2 kerajaan akan bantu. - Yaacob Hassan Ghani-





bru lps call adik kat alex.. adik dh dpt ticket.. n dia nak kuar duit..but then dilaporkan :
1) dilaporkan semua public transport down
2) Mesen ATM kat alex still xleh gune.. xleh kuarkan duit
3) pg td die ckp best dgr tembak menembak dgn bnyk kat alex
4) then die g bangunan mara siang td utk urusan passport.. difahamkan kebanyakan(hampir semua) pelajar mara dh xde.. dh otw ke airport cairo utk dibawa pulang or bawa keluar egypt.. tunggal bdk2 persendirian sahaja yg xtau nak wat ape.. mslh skarg pelajar persendirian nie... minta bg tau kwn2 ank2 yg taja sendiri utk bnyk contact ngan pegawai mara kat sne... desak join skali dlm misi keluar dri mesir..    -Akmal Aziz-





Abg, info terbaru. Ayah sy baru call kakak. Menurut dye, students yang stay dkat bakan penang, yang sumenye student Agama (except kakak sy, student medic) dorg letak tepi. (dorg refers to kerajaan) dorg ckp student agama tu dorg serahkan 100% kpd pegawai bakan. Geram nii.
. -Aina Shobri-





student yang stranded kt airport dr semalam insya Allah akan fly jam 1am. kite doa byk2. airport dh kurang huru-hara sebab UK dan Jepun dah bawa pulang rakyat mereka dan ada wakil malaysia yang dtg ke airport untuk agihkan makanan malaysian. - Siti Nurul Nadeeya-








p/s: saya copy paste semua data yang saya terima, sekian.

update 20:26pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

bulletin utama tv3 memberitahu bahawa proses evacuation akan berlangsung, dan  kerajaan akan membawa pelajar kita ke negara jiran (Arab Saudi, Jordan..) untuk diselamatkan.
kerajaan telah consider, kemungkinan besar akan menggunakan jalan darat.

Kedutaaan Besar Malaysia di Kaherah kini dibuka 24 jam untuk sebarang aduan dari pihak keluarga pelajar di tanah air..

sekalung tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu menyelamatkan pelajar kita di sana


Alhamudlillah..

saya akan menyusul kemaskini dari kawan2 sekitar malaysia dan mesir sebentar lagi inshaAllah..

update 06:59pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

update dari informer kami di airport:

"alhamdulillah, setelah terkandas melebihi 24 jam di airport cairo, akhirnya saya telah selamat memasuki kabin pesawat Egypt Air yang akan berangkat ke tanah air sebentar lagi, syukur kepada Tuhan, sama2 kita berdoa Allah mempermudahkan urusan semua sahabat2 kita yg masih di Mesir"

-Tengku Afiq Silahudeen-


p/s: kami gembira tak terkata apabila mendengar berita ini, ini bermakna airport cairo masih berfungsi pada waktu siang (sbb malam darurat), dan ketika waktu siang mereka akan terus terbang bawa passenger ke destinasi mereka. Alhamdulillah !

update 06:57pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

update dari Abg Sabri Yaacob:

Selain itu, dua bilik operasi telah ditubuhkan iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Menteri Penasihat Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.



update 06:11pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

update terkini dari informer kami:

BERITA BAIK !

peluang utk evacuation semakin cerah !!! Alhamdulillah..

Kak Nadiah (tahun 4 medic mansurah):

1) keadaan kat airport, airlines utk setiap negara utamakan rakyat negara mereka sahaja

Naily Athirah (tahun 3 medic mansurah)
2) pelajar telah diarahkan utk packing barang, semua tinggal menuggu pegawai dari kedutaan utk lancarkan evacuation, maybe akan ke jeddah

Abg Sabri Yaacob:
1) Wisma Putra sedang dalam proses utk engage evacuation, alhamdulillah !

p/s: mari terus kita memberi sokongan pada kerajaan, kerajaan dah semakin hampir ke arah proses evacuation, kita akan menanti kata putus dari pihak kerajaan dan juga mekanisme utk evacuation tersebut, diharapkan semua pelajar kita selamat sampai ke tanah air, ameen !

lagi update ttg kes rogol

kes rogol sungguh hangat sekarang, dan kami pun masih berusaha untuk mensahihkan perkara ini..

atas ni ada gambar ttg perbualan dgn pelajar cairo yg berjaya curi2 online

link utk gambar ni:

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1398791229638&set=at.1398788149561.46659.1828013399.100000269126150.100000400898703&pid=732477&id=1828013399


update 04:54pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

Latest update <> Timb menteri luar kata mana2 student mesir yang tak ada kat mesir ketika ini, sama ada melawat negara lain atau dah balik malaysia..kena inform nama kat wakil malaysia so that diorg boleh trace lokasi korang2 ni... spreadkan bro


-Syafi Abdul Bari, tahun 6 fakulti perubatan universiti Mansurah-




p/s: ada link dari sahabat saya yg turut membantu sebagai "bridge" dalam situasi yg tegang ini:


http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964

harap semua dapat join skali !  ni link bawah sahabat kami..

pengumuman

Dengan Nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

assalamualaikum..
kepada saudara saudari yang prihatin dengan nasib rakyat kita di sana..

kita semua sekarang sedang berusaha mewujudkan hubungn yang baik dengan kerajaan, kita memandang bahawa hanya kerajaan yang mempunyai sepenuh kuasa untuk menyelamatkan pelajar kita di sana, kerana sekiranya hanya atas dasar kapasiti atau individu semata, kita tak mampu buat apa-apa untuk selamatkan rakyat kita di sana.

sehubungan dengan itu, kami bagi pihak "bridge" memohon kepada semua yang prihatin terhadap rakyat kita di mesir agar tidak bertindak secara emosi yang keterlaluan sehingga memaki hamun dan membangkang sehabisnya kerajaan kita.

kita tetap bersama kerajaan untuk membantu rakyat kita di sana. jadi harap semua yang perihatin agar bersabar. tugas kita disini memuhasabah dan memaklumkan kepada kerajaan dan rakyat akan keadaan sebenar yang berlaku di mesir terhadap rakyat kita.

kami sudah ada wakil yang sukarela berurusan di wisma putra, dan juga wakil yg ikhlas untuk menghubungi Perdana Menteri secara peribadi. sama-sama kita berterusan berusaha untuk memastikan SEMUA rakyat kita selamat keluar dari mesir dan sampai ke tanah air.

apapun, kita bersangka baik dengan semua pihak. Islam melarang kita bersangka buruk kerana itu akan menyebabkan dosa.

kami pun amat khuatir akan apa yang berlaku, dan team "bridge" sendiri dari pihak lelaki bersedia untuk pulang semula ke mesir bagi membantu proses evakuasi (evacuation) di sana.

terus berusaha, berdoa !


p/s: maaf andai kami tak mampu menjawab semua persoalan dari pihak saudari/ri, kerana tugas kami di sini sebagai media massa dan wakil perhubungan antara pelajar mesir, pelajar malaysia, dan kerajaan, dan sebagai media kami melaporkan situasi terkini apa yang berlaku berdasarkan laporan yang kami terima dari pelajar kita di sana.

untuk soal status pelajar secara individu, adalah lebih baik bertanya terus ke pihak kedutaan malaysia di mesir termasuk pegawai2 setiap negeri, kerana itu tanggungjawab mereka untuk menjaga setiap individu di sana. Kami hanya membuat liputan, kami khuatir kami tak mampu laksanakan tanggungjawab melebihi keupayaan kami yang hanya sebagai media buat masa ini.

Sunday, January 30, 2011

update 03:41pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

update:
mansurah:
1)rusuhan besar dijangka akan berlaku pada pukul 11 pagi mesir (5 petang malaysia)
2) balai polis telah dikuasai orang jahat, senjata dan pakaian polis dirampas, orang jahat menyamar sebagai polis dan mula bermaharajalela di mansurah
3) mansurah isyhtihar "kod oren", mereka sedang berkemas (packing) untuk meninggalkan negeri tersebut bila tiba masanya
4) maklumat dari informer kami, setakat ni tiada kemalangan utk pelajar malaysia di mansurah, cuma ada pelajar indonesia yg terkena tembak, itu sahaja

tanta:
1`)catuan bekalan air dan elektrik berlangsung
2) text message dari kawan :
a)"sy bru dpt txt dari kwn kt tanta, katenye ad student kne tembak kt kki, kne peluru sesat"
-sy ex-cairo (anonymous)
b) kwn sy dr tanta kate. da ade 12 kete kebal kt sne. n ade my fren. dye dpt cntct dgn stdnt   kt sne. dye ckp da ade sorg stdnt msia kene tembak kt kaki. kene peluru sesat~
-anonymous-


kaherah:
1)hari lepas-kenderaan polis dan tentera dimusnahkan
2)hari ini- tentera take over city, control keadaan, setakat ni keamanan dan keselamatan semakin pulih

airport:
1) semenjak tentera mesirkembali berkuasa, kaunter check in dibuka semula.
2) banyak departure gate di open smula

alexandria:
1) keadaan semakin bertambah baik untuk pelajar malaysia (dari segi keamanan)
2) harga barang naik, kedai tutup, pelajar kesempitan wang untuk mendapatkan keperluan asas
3) bekalan letrik dan air masih lagi berfungsi (bagi area as safirah, tempat lain tak pasti lagi)


information keep flowing, kami sedang kemaskini data yg ada, inshaAllah

our team (malaysia-egypt student bridge)

1) wakil komunikasi dan mass media:
-Azizi Al Fahri (malaysia)
-Akmal Aziz (malaysia)
-Azhar Hamzah (malaysia)
-Suffian Sani (mesir, mansurah.boys wing)
-Tg Afiq Silahudeen (mesir, airport)
-Dayang Nabeela Abg Mohd Khalid (mesir, mansurah, girls wing)

-Nur Anisah Mustapha (mesir, Iskandariah, girls wing)

2) wakil perhubungan ke kerajaan
-Ainul Syafiqah
-Dhiya Fariza
-Nur Farahin
kita perlukan lebih rmai lagi utk membantu.. ayuh ! bersama jadi wakil utk membantu semua rakyat kita di sana

walaupun sekecil mana kerja kita, tapi usaha yg berterusan tu, inshaAllah akan dibalas, ikhlaskan niat, teguhkan hati !

update akan menanti dalam masa terdekat, kami sedang mengumpul data-data dari informer di sana.. sesiapa ada maklumat, boleh terus pass pada saya, secara PM pun boleh, highlight "anonymous" utk simpan ID.. Facebook saya: Azizi Al Fahri



inshaAllah, semoga Allah bersama kita semua, taqabbal Allahu minna wa minkum

update: maklumat dari berita harian

Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.

Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Katanya, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya pelajar.

“Ini adalah keputusan terkini mesyuarat pelbagai jabatan yang memantau rapi perkembangan di Mesir dan akan dilaksanakan jika senario mencapai tahap kritikal. Kedutaan Malaysia di tiga negara terbabit akan menyelaras isu berkaitan tempat tinggal dan makanan jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Anifah menegaskan, kerajaan tidak mempunyai halangan jika ada rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan Mesir secara sukarela dan atas perbelanjaan sendiri berikutan keadaan huru-hara susulan krisis kepemimpinan di negara itu yang bermula Selasa lalu.

“Bagaimanapun, kita harap semua rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Kaherah supaya kita mengetahui bilangan sebenar mereka di sana. Perangkaan tepat akan memudahkan usaha membawa keluar jika perlu," katanya. 
Anifah berkata, perkembangan di Mesir diklasifikasikan pada tahap ‘amaran jingga’ iaitu persediaan membawa keluar rakyat Malaysia dan akan digerakkan sebaik situasi tegang bertukar menjadi ‘amaran merah’ iaitu pemindahan bagi tujuan keselamatan.

Beliau menasihatkan semua pihak bertenang dan menghubungi talian yang disediakan Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan ahli keluarga masing-masing dan kerajaan memandang serius tanggungjawab memelihara keselamatan warga Malaysia di luar negara dalam keadaan genting seperti sekarang.

Gelombang kebangkitan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu dilaporkan semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir.

Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.




sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TinggalkansementaraMesir/Article

update 12:05pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

laporan dari Lapangan Tebang Kaherah:

1. semua fligh ke luar mesir telah dibatalkan
2. semua flight masuk ke mesir tidak dapat dipastikan
3. harga ticket melambung sehingga 7 kali ganda
4. huru hara kat airport, dibanjiri manusia
5. dalam masa 24 jam, sekirang tidak ada perubahan terhadap jadual penerbangan, pelajar malaysia yg berada di airport akan bergerak pulang ke negeri masing2..

sumber: Tg Afiq Silahudeen, dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri

laporan tambahan:

kwn ana call dr mansurah td..die ckp nk call sesame sendiri pon xleh..td ade perbncngan katenye..hany separuh je yg dpt blik...katenye budak jpa dan budak mara je yg akan dpt balik..


-Mohd Afiq Al Fateh-

announcement : 11:28am GMT +8 (Malaysia) 31/1/2011

Assalamualaikum..
kami sebahagian pelajar-pelajar mesir yang telah selamat sampai di Malaysia, dengan ini telah sepakat, seandainya pihak kerajaan, tentera dan NGO memulakan proses evakuasi (evacuation) dan rescue mission untuk pelajar dan rakyat negara kita di Mesir, kami dengan sukarela akan menyertai dan akan membantu dalam memandu proses itu di Mesir.

Kami bersedia untuk pulang semula ke Mesir dan membantu semua rakyat kita di sana, apabila pihak yang berkuasa memulakan proses evacuation !

mari sama2 kita berusaha membantu selagi yang boleh demi keselamatan dan nyawa rakyat kita di sana !

yang ikhlas,
pelajar mesir di malaysia

announcement : 04:54am GMT +2 (Egypt) 31/1/2011

If you know anyone in Egypt, please pass this on to them. To bypass government blocking of websites, use numerical IP addresses: Twitter ”128.242.240.52” Fb ”69.63.189.34” Google ”172.14.204.99”. A French ISP offers free dial up internet access ~ +33 1 72 89 01 50 Login password: toto. Please pass this on and share.

-Akmal Aziz, Mansoura University, Egypt-

update 10:51am 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

maaf kerana lambat update, ada masalah sedikit..
dapat update dari kawan2 kat airport, mereka semua terkandas, semua airlines delayed and refuse utk terbang buat masa ini..
difahamkan juga bahawa saya adalah trip terakhir pelajar malaysia yang berjaya klua dari mesir, ketika keadaan masih aman..
sama2 kita mendoakan agar airport kembali pulih dan berfungsi, agar semua rakyat kita dapat pulang ke tanah air

Sumber: Tengku Afiq Silahudeen (MMPME sem6, terkandas di airport), dilaporkan oleh Azizi Al Fahri



laporan lagi:

Azizi, news dilwakty, from My Egyptian friend

things are much better, especially in mansoura, and everywhere
ppl got charge of security, and they made public check points
almost all youth are in streets

if u can reach malaysian tell them to stay together or at least on contact
that will make them feel more safe

and isa it all will end for the better



-Savah, Mansoura University-

update 04:39am 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

From my egyptian friend: i was calling my brother in law now, he told me the problem is mostly at the Mohafza Squar, and many police stations were torched.


-Savah, mansoura univbersity-


p/s: balai polis dah kena bakar, senjata semua telah dirampas, saya baru hubungi teman sy di mansurah, just before saya call tu dekat jer degan rumah dia dah ada gunshot, siap berdas das lagi tembakan- Azizi Al Fahri

update 04:06am 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

my junior from school who is a student from alex cakap, she took a bus from mansoura to go to sharm to leave egypt (she beli tix to london), she said after she left, 40 was shot there.


near utubis dauli (main bus station in mansura)


-Savah, mansoura university-

update 03:00am 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

assalamualaikum..

maklumat dari kenalan di mansurah:

1. sistem mushrif dilaksanakan utk protect mahasiswi, tapi keadaan tetap bahaya
2. 6000 orang banduan di mansurah terlepas, kondisi mansurah sangat tegang
3. bank dan fasiliti di bandar utama mansurah telah dibakar

maklumat dari Al Jazeera:
1. too much casualities in Mansoura, Muslim Brotherhood now mobilising for relief
2. situation is getting hot in Mansoura

dilaporkan oleh: Faidi (Konvensional Tahun 3), Azizi Al Fahri (MMPME Sem 6)

announcement : 20:43pm GMT +2 (Egypt)

For those who gets to contact Malaysian students in Mansoura/anywhere in Egypt, please let them know

Pelajar GMN yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan ekoran penutupan Bank diminta menghubungi Mahmoud atau Muammar Amin supaya GMN boleh menyelaras bantuan membeli makanan.


courtesy: Ahmad Akmal Aziz (Mansoura Manchester Sem 4)


p/s: sesiapa selagi boleh sila keep update dgn pelajar kita di mesir, except bagi kawasan yang telah diputuskan bekalan elektirik, minta dan pertimbangkan agar mereka boleh "conserve" battery handphone mereka.


Allah, bantu dan selamatkan kami semua !

update 02:40am 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

berita terbaru..

1. ada beberapa org pelajar perubatan dari Iskandariah berjaya sampai dengan selamat ke airport Cairo (kaherah)..

2. keadaan kat airport Cairo terlalu sibuk, penuh dengan penumpang yang ingin meninggalkan mesir dengan segera..

3. pelajar melaporkan bahawa untuk sampai ke Airport Cairo dengan selamat, jangan gunakan jalan utama, gunakan jalan alternatif, jalan dalam (pada hemat dan pengalaman saya, mungkin jalan dari highway suez, jalan tu mmg sunyi dan tak ramai org kita tahu jalan tu boleh hubungkan ke Airport Cairo dari pintu belakang
 (terminal 3)..

sumber: Yaacob Hassan Ghani melalui adik beliau mahasiswi perubatan Iskandariah, Akmal Aziz (Mansurah)

update 02:18am 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

ok.. yg kat comment tu update dri kwn pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. n die yg ckp airport kat alex dh kene bakar...
ni update dri adik sy..
keaddan amkin teruk.. polis kat alex sume dh xde.. n mmg xde rulez...
post balai polis sume dh kene bakar.. n senjata sume org awam dh curi...n banduan sume dh kene lepas... pg td adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency... die ckp internet sume dh down.. msg pn xboleh... n time tu battery die low... suruh die charge.. worse.. die ckp xleh charge sbb power xde... skarg xsure la ade ke xde...tp klu xde.. it's a big problem... sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. klu phone xde battery n xleh charge or no kredit so dh x boleh call.. n gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pki lg.. xtau bile diorg nak cut..
so driorg idup dlm kegelapan...
then ATM sume xleh pki.. kedai sume xleh ttp... n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat alex dh kene bakar.. thne xde duit sbb atm sume down... n brg adik cakap harga sume melambung... of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau... xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle...
makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung.. 

n ade call ustaz hakim siang td... die ckp pelajar ikut peraturan jgn kuar umah time darurat.. n difahamkan tikme darurat which is lepas pukul 4.. sume umh kene ttp lampu..

ok skarg nie.. bg sy malsalah utama kat alex ialah communication down... info x sampai dgn cepat.. x mcm mansourah.. where student idup dlm satu komuniti.. but in alex umah sume jauh2.. umah adik sy yg GMN bg tu sngt2 jauh.. n diorg tu je umah melayu.. yg lain arab.. n i bet ade rmi lg student umah jauh2 terpencil mcm tu.. where xde org malayu lain.. 
so td call kwn kat mansoura.. difaham kan.. kat alex.. sume student kene kumpul kat block mara... ade 3 block mara disediakan.. sume kene kumpul sne... ni arahan nie difahamkan dh lame 1 2 hari lps... n mslh skarg.. what the hell adik sy n housemate die ddh kat umh lg.... bkn spatutnyer sume kumpat kat bangunan mara ke.. ni nampak sngt ade student2 lain yg xtau diorg kene kumpul.. so ble kerajaan nak anta student2 nie balik.. tkt pelajar yg xtau nie tertinggal.... sy harap abg azizi dpt bg tau kat blocg.. sesiapa yg boleh contact pelajar alex.. sila bg tau utk kumpul kat bangunan mara secepat mungkin.. call ustaz hakim...

n tindakan kat mansoura.. ni kwn bg tau.. sy tny ape pcm wat..
diorg ckp.. setiap lorong syarik ade dorg laki jage.. klu de pepe bg sila call lelaki yg menjaga lorong terbabit. sume x sure siapa jg lorong siapa n no diorg...

kat alex langah keselamatan ialah bangunan mara.. n mansoura no phone setiap org jg lorong.. n cairo sy xde pepe update..

sekian.. : Akmal Aziz, Semester 4 MMPME Mansoura University

update 02:08am 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

assalaamu'alaikum..azizi,
tadi baru dpt call seorang kakak thn 4,
dia kata skg mmg 24 hrs xblh keluar rumah.
kalau nk beli brg2 or mknn kene mintak tlg ikhwah/mushrif yg telah ditetapkan utk setiap rumah belikan.
and mana2 akhawat yg duk sorg2 kene pegi duk rumah org lain.
and pasal banduan and rompakan tu, polis pesan kat diorg supaya xbnyk guna lighting sgt.supaya nmpk mcm rumah tu xde org.sbb polis suspek perompak akan target rumah student malaysia.




reported by: Teem Fauzi, Semester 6 MMPME Mansoura University..
thanks to my dear colleagues for the update, this will help them in Egypt..


p/s: kalau dah pecah rumah, rompak barang, klu rumah tu rumah student perempuan, lagi bahaya.. maruah mahasiswi kita, ya Allah.. sama2 kita usaha, suarakan pada kerajaan kita untuk evacuate pelajar kita dengan segera.. US, UK, Turkey dah complete evacuation.. kita? apa kita nk buat?

update 01:40am 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

assalamualaikum..

maklumat dari masyarakat setempat (orang Arab)..
mereka memberikan amaran bahwa sekiranya Husni Mubarak tidak turun dalam tempoh 4 hari dari skrg, mereka akan melancarakan peperangan all out (civil war), mereka menasihatkan agar rakyat asing especially pelajar malaysia meninggalkan mesir dalam tempoh 4 hari ini..

setelah dihitung..tempoh ini akan berakhir rabu depan (2/2/2011).. time is running out..

sumber: Suffian Sani (terkandas di Mansurah), dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri (baru tiba di KLIA)


pengesahan maklumat sebelum ini berkenaan kes rogol:

1. seorang pelajar perempuan malaysia di iskandariah telah dirogol, maklumat diperoleh dari "Ummi Medic Mesir"..


sama2 kita terus berusaha dan berdoa utk rakyat kita disana khusunya dan seluruh umat Islam dan manusia amnya..

kepada sesiapa yg ada update, info, boleh pass pada saya di Facebook: Azizi Al Fahri, atau terus sebagai komen di sini..

seandainya tidak mahu nama disiarkan, highlight "anonymous" dalam private message anda kepada saya di Facebook..

Allah..bantulah kami !
Allahumma 'ajjil bil qiyam ad daulatil Khilafah !

update 01:09am 31/1/2011 (Isnin)

salam just came back from a talk held by wisma putera and pm sec at putrajaya. just want to inform that as per this evening, wisma putera has declared orange light for situation in egypt. fyi the government will consider to evacuate malaysians to the neighbouring arab countries eg jordan and saudi arabia if situation get worse. WP is monitering closely the situation and is talking from government to government. in fact, some key personnels are going down tomorrow morning. they mention tanta as the center point to gather all malaysian if thing gets worse. plans of giving out food rations are considered too. last but not least lets all of us make duaa..


-reported by Ainul Syafiqah-


p/s: mari sama2 kita update.. sila hantar PM di facebook saya, Azizi Al Fahri, atau komen di sini.. terima kasih atas segala pertolongan kalian-

update 12:24am 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

 berita night line tadi, Najib kata dia akan konsider untuk bawa balik rakyat Malaysia sekiranya keadaan makin meruncing. Wakil setiusaha kementerian luar sudah dihantar ke sana untuk "evaluate" keperluan tu


-Sabrii Yaacob-


p/s: keep pushing the government, right now we have lost connection to malaysian students n officer in Cairo.. condition is getting worst..

update: 30/1/2011 - 23:24 GMT +8

Asssalamualaikum..

ini adalah update utk situasi pelajar malaysia di mesir ketika krisis ini:

1. laluan ke airport dipenuhi dgn roadblock yg dibina oleh pihak samseng dalam usaha untuk merompak dan membayakan rakyat awam

2. keselamatan pelajar kita terancam, orang awam sudah berbalas tembakan

3. rumah2 sudah dimasuki dan dirompak oleh golongan samsung (area samanoudi, mansurah)

4. kerajaan malaysia (Muhyidin Yasin) menolak untuk menghantar bantuan kecemasan bagi mengeluarkan rakyat negara kita di mesir

5. talian internet dan telefon bimbit masing2 masih lagi terputus terhad (limited connectivity)

6. berita mengatakan ada pelajar malaysia di Iskandariah dirogol (dalam proses utk mensahihkan berita)

sumber: Suffian Sani, dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri [ fakulti perubatan universiti mansurah mesir)


p/s: nyawa dan keselamatan rakyat malaysia di mesir terancam, mari kita sama2 menyuarakan perkara ini kepada pihak kerajaan agar kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya, sama2 kita berdoa agar semua nyawa dan keselamatan mereka di mesir di bawah jaminan Allah S.W.T