Followers

Friday, February 25, 2011

GREEN LIGHT

Alhamdulillah, Menteri Kementarian Pengajian Tinggi, YB Dato' Khaled Noordin mengumumkan kebenaran kepulangan ke Mesir dan 12hb Mac sebagai tarikh paling awal kuliah bermula.

Alhamdulillah...Semoga dipermudahkan segala urusan pulang ke Mesir.


Hazeirah Ibrahim

Thursday, February 17, 2011

Penjelasan Isu Pulang Semula ke Mesir

update: 1753hrs 17/2/2011 (Khamis) GMT +2 @ 1153hrs 17/2/2011 (Khamis) GMT +8

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
    Segala puji dan syukur kehadrat Allah, Tuhan sekalian alam diatas berjayanya Ops Piramid dan juga selamatnya rakyat kita kembali semula ke tanah air. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Malaysia Airlines, Air Asia dan semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan operasi evakuasi pelajar kita di sana. Di sini terdapa beberapa pengumuman penting berkenaan keadaan semasa yang melibatkan isu pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

1. TIADA jaminan keselamatan bagi pelajar yang ingin pulang semula ke Mesir.

2. Kerajaan masih lagi belum memutuskan tarikh selamat pulang ke Mesir memandangkan keadaan di sana masih lagi bergolak.

3. Wakil pelajar kami masih ada di sana dalam menilai situasi semasa, dan diharap semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif berkenaan kredibiliti kami dan juga kredibiliti Kerajaan Malaysia dalam menjamin keselamatan dan kelangsungan akademik pelajar kita.

4. Berkenaan tarikh mula kulliyah, kami sudah sedia maklum perkara berkenaan dengan universiti. Wakil pelajar telah berjumpa dengan Professor di Universiti dan juga pegawai EM (Education Malaysia) di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan juga pegawai negeri, hasil perbincangan, tetap tiada jaminan bahawa pelajar Malaysia selamat kembali ke Mesir buat masa ini dan kulliyah akan bermula seperti biasa (belum tentu pasti kulliyah akan mula).

5. Perlu difahamkan bahawa pihak universiti tidak akan menanggung risiko keselamatan pelajar kita, dan kerajaan telah bersusah payah membawa keluar pelajar kita demi keselamatan nyawa, jiwaraga dan maruah setiap pelajar.

6. Sebarang spekulasi universiti akan memulakan kulliyah dan peperiksaan tidak perlu dilayan. Mahasiswa/wi kita lebih arif lagi tentang sikap dan perangai orang Arab selama ini. Tangguh menangguh dan memungkiri janji adalah suatu perkara biasa bagi orang Arab (termasuk peringkat atasan sekalipun). Sebagai contoh, setiap tahun universiti umukan 26 September untuk mula semula kulliyah, tapi bila tiba waktunya, universiti akan tangguhkan kepada 1 Oktober kerana pelajar tak pulang lagi. Ini juga dapat dilihat pada hari ini, Mansoura University pada mulanya memutuskan kulliyah utk mula pada 19/2 kemudian ditangguh pada 26/2 dan terkini 5/3. Ini telah membuktikan betapa arab ini tidak konsisten dengan apa yang mereka lakukan. Bagi mahasiswa/wi, kalian lebih arif dengan perkara ini, bak kata arab "bukro ! "


7. Keadaan di Mesir nampak tenang sekarang, namun perlu diingat bahawa dari segi politik mereka masih belum stabil, pemerintahan tentera tidak menjaminkan apa-apa selagi the new government masih belum diputuskan. Polis juga masih belum ditempatkan, dan keselamatan buat masa kini adalah insiatif individu tersendiri di Mesir.

Sebarang masalah sila berhubung dengan Wisma Putra bagi pihak Kerajaan Malaysia, dan kami di sini membantu kerajaan Malaysia sebagai perwakilan pelajar, inshaAllah.


Berkhidmat untuk Negara,

Muhammar Amin Abdul Yasin (Abg Amin)
Director, Mansoura Manchester Medical Community (MMMC)
-sekarang di Mansurah, Mesir-
+20161140827

Muhammad Azrul Azizi Amir Hamdan (Azizi Al Fahri)
Assistant Director, Mansoura Manchester Medical Community (MMMC)
-di Malaysia, perwakilan sementara bagi seluruh pelajar Mesir di Malaysia-
+60135010365


Skuad perhubungan sementara Mesir Malaysia
Timbalan, Nurul Nadia Md Zin
Setiausaha 1: Muhammad Azhar Hamzah
Setiausaha 2: Aina Sakinah Azman
Setiausaha 3: Ahmad Akmal Aziz



p/s: kami memohon maaf andai ada panggilan yang tidak dapat dijawab memandangkan ketika itu kami juga sedang menjawab panggilan dari seluruh tanah air, segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri. Wallhua'lam.

Monday, February 14, 2011

Update penting menganai Pelajar mansourah 15/2 11:11am GMT8

Dear All
I have sent e-mails and messages for Saudi and Malaysian students to come back as soon as possible. Please forward this e-mail to all students that you have contact with.
The next semester will start as follows:
Semesters 6, 7 , 8 and 10 will start induction on 19/2/2011.
Current Semester 8 will resume Pediatrics on 19/2 for one week and the exam will be held on 3/3/2011 as planned. Semester 9 will start induction on 12/3/2011.
Semesters 2 and 4 will start on 1/3/2011.
Dr Dalia.

Pelajar Mansourah
Kema

Monday, February 7, 2011

DARI BILIK GERAKAN PRIHATIN RAKYAT KELANTAN

Bilik Gerakan Prihatin Rakyat Kelantan Di Mesir
Bangunan UMNO Negeri Kelantan
Jalan Tengku Chik
15000 Kota Bharu
Kelantan

Telefon : 097432136 / 097432137
Faks    : 097432142
emel    : minda.kelantan@gmail.com


Sebarang maklumat dan info berkaitan dengan rakyat Kelantan, di minta menghubungi talian di atas. Terima Kasih.


Di sediakan oleh : Nurul Nadia

update Jeddah [0818hrs 8/2/2011 Selasa] GMT +8

dari Farahiyah Ismail, official informer

royal wlcome roger no prob small matter insyaAllah evryone in His blessng.fr this moment i still cant reach 'em in jeddah,im nt sure da ppl dats going to inchrge stdnt there.insyaAllah evrythng in cntrol.but u can try to cntact ds ppl.hopeflly they'r nt so busy.

En Iskandar:00201237607375 
Us Zulkifli Din MSD:0020198693394. 
Jbt Pengajian Tinggi M'sia Prof Dr Rujhan:0192708222.
Dr Syed Alwi:0197520672.
En Jamalullai:0129316172.

Bilik Operasi, Kompleks Tabung Haji Madinatul Al Hujaj, Jeddah
Tel : 00 966 5671 55 710 / 00 966 2630 16 38

Operations Room, Ministry of Foreign Affairs, Putrajaya
Tel: 03-88892746 / 03-88874570 / 03-88874770 / 03-88892830 / 019-2784566 / 019-3414080 / 019-3154080

Operations Room, Embassy of Malaysia in Cairo, Egypt
Tel: 00 202 3760 7375 / 00 202 3761 0270

*awfully srry fer da late rspone.ntwrk nt so gud.





Berkhidmat untuk Negara,
Azizi Al Fahri

update Jeddah [0815hrs 8/2/2011 Selasa] GMT +8

dari El Amin El Razak, Mansoura University Tahun 3
update: aku in Jeddah @TH hostel. internet access ada tp slow dan certain tempat tak dapat.just tinggal beberapa last trip dari alex dan cairo.

besok pg dengarnya lebih kurang 1500 orang akan diterbangkan ke KUL dari Jeddah.

Suasana dkt sini baik dan bekalan makanan yang memuaskan.

lagipun ada kedai runcit dan "mamak stall" dkt sni. ada roti canai, capati dan sebgainya. memudahkan.

Berkhidmat untuk Negara,
Azizi Al Fahri

Saturday, February 5, 2011

mohon maaf atas kesulitan

saya memohon maaf kerana setakat ini tiada laporan dari Jeddah lagi, kami masih menunggu rakan-rakan di Jeddah untuk menghubungi kami.. seribu kemaafan dipohon kepada rakyat Malaysia.


berkenaan keadaan semasa di Mesir, kami akan terus usaha menghubungi mereka yang masih dalam proses evakuasi. 


Berkhidmat untuk Negara,
Azizi Al Fahri

update [0654hrs 5/2/2011 Sabtu] GMT +8

1. Mansurah, Tanta, Zagazig setakat ni masih aman.

2. Semua laluan keluar dari Mesir adalah melalui jalan udara, jalan laut telah dibatalkan.

3. Mansurah telah dikosongkan, semua pelajar telah bergerak ke Iskandariah.

4. Universiti Mansurah masih lagi enggan melanjutkan cuti (secara rasmi).

5. Semua pelajar Malaysia di Iskandariah dikumpulkan di bangunan MARA, keadaan di Bangunan MARA masih terkawal.

sumber: Muhammar Amin Abd Yasin, Tahun 5 Mansoura Manchester, Faculty of Medicine

Berkhidmat untuk Negara,
Azizi Al Fahri

update [0625hrs 5/2/2011 Sabtu] GMT +8

alhamdulillah, pelajar jurusan agama di Iskandariah (mahasiswi) kini diuruskan oleh MARA, informer kami, Ustazah Nur Anisah melaporkan bahawa mereka kini di Lapangan Terbang menuggu giliran untuk menaiki pesawat tentera ke Jeddah. Menurut beliau, semua pelajar akan dikeluarkan secepat mungkin dari Mesir oleh pihak kerajaan. Sama-sama kita berdoa agar proses ini dipermudahkan dan dipercepatkan oleh Allah.

Berkhidmat untuk Negara,
Azizi Al Fahri

Friday, February 4, 2011

OPS PIRAMID MESIR

SENARAI NAMA PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA 


YANG TELAH SELAMAT SAMPAI KE JEDDAH!


Link : 


http://www.kln.gov.my/web/guest/home

Update

Total students at Asrama Tabung Haji Jeddah is around 4000 students. Mostly from sarawak, pahang,n9,trg,perlis etc. Another trip juz arrived few hours ago. Good accommodation here,feeling2 duduk mcm kat asrama. KSA only gave us 1 week visa. 
p/s: Roti canai sini sedap woo!


~Avenseena Fauzi~

Thursday, February 3, 2011

MAKLUMAN EVAKUASI MANSURAH

Updated : 3/2/2011
Tarikh Evakuasi : 5/2/2011 (SABTU)
Berat Maksimum barang yang boleh dibawa : 7 KG (TERMASUK LAPTOP)
Masa : 3 PAGI.
Tempat berkumpul mengikut zon-zon yang telah ditetapkan

PERINGATAN :

1. Sila sediakan bekalan makanan untuk sehari.

2. Akhawat diwajibkan untuk menggunakan musyrif bagi bergerak ke zon-zon yang ditetapkan.

3. Pastikan dalam keadaan berwuduk kerana kemungkinan besar kita akan solat subuh dalam perjalanan.

4. Minta kepada semua untuk memberi kerjasama yang terbaik dan mematuhi arahan yang diberikan supaya segala proses boleh berjalan dengan lancar.

Sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh merujuk kepada :

1. Pengerusi PCM, Saudara Ahmad Azizi bin Md Jusoh : +20110706817 atau

2. Pengarah MMMC, Saudara Muhammar Amin bin Yasin : +20161140827

3. Pengerusi DPMM, Saudara Zahimie Bin Dzahid +20101489131 (Pelajar Pengajian Islam sahaja).

ZON PERTAMA : ISTAD GAMA’AH

PENDUDUK :

1. SYARI’ IMAN
2. SYARI’ SIDDIQ
3. SYARI’ NOQITY
4. SYARI’ HASSAN SAID
5. SYARI’ ZHORIFF
6. SYARI’ HENDAWI
7. SYARI’ SYARQOWI
8. SYARI’ BARBARI
9. SYARI’ DR AHMAD NAGEY
10. SYARI’ MAKKAH
11. KAWASAN HAYYU GAMAAH

ZON KEDUA : MASJID SAMANOUDY

PENDUDUK :

1. KAWASAN SAMANOUDY
2. SYARI’ TIR’AH
3. SYARI’ ROBIE’
4. SYARI’ AQIL / LORONG CAN CAN
5. KAWASAN GALA’
6. KAWASAN KULIYYAH ADAB
7. SYARI’ NAKHLAH

ZON KETIGA : SYAIMA’

PENDUDUK :

1. SYARI’ AHMAD MAHER
2. SYARI’ OMAR MOKHTAR
3. BANGUNAN YAYASAN TERENGGANU (YT)
4. KAWASAN WEKALAH

ZON KEEMPAT : UTUBIS GADID

PENDUDUK : SEMUA PELAJAR PENGAJIAN ISLAM.



~Anan Mohamad Akmal Adanan~


Akmal Aziz

update 14:44pm 4/2/2011 (Jumaat) GMT +8

mintak semua pack barang keperluan e.g food and snacks, I am at Cairo airport, budak2 yang nak dipindahkan ambil masa yang lama, tunggu dari jam 10 pagi, listing pelajar board plane jadi serabut, patutnya pelajar arma naik dulu then pelajar rumah negeri naik pulak. jadi ada yang terkandas jugak, total flights today only 2. jadi harap semua dapat prepare diri masing2, mentally as well. Good Luck and may Allah shower you with unquestionable patience!
~Ahmad Naeem~

[PENGUMUMAN] PERJUMPAAN DENGAN MB & EXCO KELANTAN


PERJUMPAAN BERSAMA MB DAN EXCO NEGERI KELANTAN

ANJURAN: ALUMNI PELAJAR MESIR (KELANTAN)

VENUE: KELANTAN TRADE CENTER

TARIKH: 6 FEB 2011 (AHAD)

MASA: 2.00 PM

FOKUS: Berbincang dengan semua ibubapa yang mempunyai anak di Mesir BERSAMA MB Kelantan dan EXCO Neg. Kelantan tentang aspek kewangan atau pengumpulan dana untuk membawa pulang anak-anak ke tanah air. 

No. Telefon Alumni : 017-9231129


MENJEMPUT SEMUA IBU BAPA yang  tinggal di Negeri Kelantan yang MEMPUNYAI ANAK-ANAK yang belajar di Mesir.



Segala informasi lanjut boleh hubungi no. telefon yang di sediakan di atas. Majlis ini bukan/tidak melibatkan di anjurkan oleh SQUAD PERHUBUNGAN MALAYSIA MESIR. 

NAMA PETUGAS-PETUGAS EVAKUASI DI KAWASAN-KAWASAN SELAIN KAHERAH


Kepada ibubapa atau keluarga pelajar-pelajar/ warga Malaysia yang berada di kawasan-kawasan  selain KAHERAH mohon untuk berhubung dengan petugas-petugas Kedutaan di talian berikut untuk tujuan logistik evakuasi :

MANSURAH
ZAHIMI (PI) TEL: 002 015 233 944 63
AZIZI (MEDIC) TEL: 002 014 813 3396/ HABIB BAKRI (MEDIC) TEL: 002 014 628 1186
TANTA
SULAIMAN (PI) TEL: 002 014 595 5287
ZULKIFLI (MEDIC) TEL: 002 014 782 3824
ZAQAZIQ & TAFAHNA
LUKMAN (PI) TEL: 002 011 123 5115
BUKHARI (MEDIC) TEL: 002 011 614 1548
DUMYAT
ZULFADLI (PI) TEL: 002 014 667 4288
DAMANHUR & DASUK & ITAI BARUT
ABDUL MU’MIN (PI) TEL: 002 011 185 6474
SYIBIN AL-KUM
REDWAN (PI) TEL: 002 011 367 8371
ISKANDARIAH
PN. NORZAKIAH ZAIDON (EM EGYPT) TEL: 002 014 584 4474
HJ. ISHAK (MARA) TEL: 002 011 693 4991
JPMK
Akmal Aziz

Ops Piramid 0.23am Mesir


SENARAI NAMA PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA BERLEPAS KE JEDDAH!


http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=1443:senarai-nama-berlepas-ke-jeddah-&catid=1:pmram&Itemid=63

sumber: PMRAM

Azhar Hamzah

Ops Piramid (3.27pm Mesir)

TERKINI : Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan
1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan. 
3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.

‎4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri
5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri
maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm waktu Mesir



Sumber, PMRAM




Azhar Hamzah

update dari Pelajar Mansourah

bkasm1965: mana2 anak selangor yg mempunyai masalah kewangan,cth tak dapt tukar duit geneh ke usd,atau kekurangan duit,pegawai selngor wakil jais di jeddah sudah standby bantuan kecemasan.Maklumat ini utk kawan2 yg sudah berada atau akan ke jeddah...Sebar2kan,syukran.
~Usamah~

Laporan Akmal Aziz

Maklumat Evakuasi

Exam Tanta University ditunda ke awal Mac 2011

Exam Tanta University ditunda ke awal Mac 2011

Salam,

Dekan Fakulti Perubatan, Tanta University telah memaklumkan bahawa mid year exam Tahun 1, 2 dan 3 yang sepatutnya berlangsung 12hb Feb akan ditunda ke awal Mac 2011.

Harap Maklum

UmmiMM

Dri website medik mesir

Laporan Akmal Aziz

EDUCATION MALAYSIA EGYPT : BORANG MAKLUMAT PELAJAR

Kpd Pelajar Yg masih belum mengisi borang evakuasi online..
 Sila Berbuat Demikian...


Perubatan Cawangan di tempat masin2 akan mengedarkan borang tersebut dan kutip pada hari yg sama..


 jika team xsempat nak edar or kutip borang tersebut..
sila print dan isi dulu. standby  dlu borang ni utk plan evacuation..


link ke borang :
http://jpmk.info/wp-content/uploads/Borang-Peribadi-Pelajar_2011-utk-Evakuasi1.pdf

Dri Web site JPMK



Laporan Akmal Aziz

update 16:47pm 3/2/2011 (Khamis) GMT +8

Sekarang pelajar-pelajar Malaysia sedang berkumpul di Dataran Rumah Negeri Hayyu Asyir sebelum bertolak ke lapangan terbang seterusnya ke Jeddah. Dua buah bas telah tiba bagi membawa mereka yang tersenarai untuk trip pertama pagi ini.
~Al-Amin Hj Salleh~


Laporan Akmal Aziz

Wednesday, February 2, 2011

Update Terbaru Tanta

arahan perubatan cawangan TANTA


[BERITA] update 3 Februari 2011 - Diminta kepada Pelajar Malaysia Di Tanta, bersiap sedia dengan BEG persendirian 7KG dan Pasport masing-masing, arahan untuk berkumpul dan dipindahkan akan dikeluarkan bila-bila masa sahaja, diharap bersedia untuk terima arahan selanjutnya
-Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta 2010/11-

Update Terbaru Zagazig

arahan perubatan cawangan ZAGAZIG

KRONOLOGI TERBARU :
2.00 a.m. 3/2/2011 : En. Wan Ahmad Tarmizi, wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) menghubungi Dr. Bukhari Muslim berkenaan dengan perpindahan pelajar Zagazig ke Kaherah.

6.23 a.m. 3/2/2011 : En. Wan Ahmad Tarmizi sekali lagi menghubungi Pengerusi PCZ dan memaklumkan bahawa pihak kedutaan akan berusaha untuk memindahkan pelajar Zagazig ke Kaherah pada hari ini. Untuk maklumat lanjut akan diberitahu kepada Pengerusi kemudian.

*p/s : pastikan sentiasa bersama pasport dan boleh mengemas barang masing-masing tetapi hendaklah tidak melebihi 7 kg sahaja.

sumber: Group Perubatan Cawangan Zagazig FB

*kami masih memerlukan info dari setiap pihak. Bagi pelajar Mesir yang sanggup berkongsi maklumat, silalah berkongsi di sini 

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_186828831337499&ap=1

tambahan:
komuniti_dpmz: assalamualaikum...maklumanPENTING kpd seluruh ahli zagazig. arahan terbaru dari KBMK..diminta kpd semua brsiap utk balik.pastikan bersama anda pasport dan barangan tidak melebihi 7 kilo sahaja. insyaAllah kita akan bertolak dari Zagazig pada tengah hari ini.tempat berkumpul akan dimaklumkan pada pukul 10 nanti. harap maklum dan sebar2kan



Azhar Hamzah
Kepada mereka yang bertanyakan tentang keperluan membayar tiket..
 itu adalah pilihan yang disediakan kerajaan jika mahu pulang awal dari Jeddah.. Menggunakan perbelanjaan sendiri.. Kerajaan akan tanggung segala-galanya selama di Jeddah jika mahu pulang dengan kerajaan Malaysia, tetapi tarikhnya belum ditentukan lagi.. Harap maklum.. - Sumber Datuk Shahlan Ismail Setiausaha Politik PM Datuk Seri Najib.. ~Syafiqah Sabki~

pengumuman evakuasi

BAGI IBU BAPA YANG MELAPORKAN BAHAWA ANAK-ANAKNYA MASIH TIDAK MENDAPAT SEBARANG BERITA ATAU ARAHAN, DIMINTA PESAN KEPADA MEREKA UNTUK MENGHUBUNGI JAWATANKUASA2 PERSATUAN PELAJAR DI MUHAFAZAH MASING2 ATAU KEDUTAAN MALAYSIA SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENDAPAT ARAHAN SELANJUTNYA. KEADAAN GENTING SEBEGINI MEMERLUKAN KERJASAMA SETIAP PIHAK UNTUK MELANCARKAN PROSES PEMINDAHAN PELAJAR

pengumuman LAPOR DIRI

assalamualaikum..

diminta kepada semua pelajar Malaysia di Mesir yang telah selamat sampai di tanah air, mahupun yang telah berjaya keluar dari Mesir, sila laporkan diri kepada setiausaha skuad, ada 3 talian. sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan , dan universiti kepada setiausaha skuad.

sila melapor kepada setiausaha skuad, sebarang masalah dan kemusykilan (selain lapor diri) boleh diajukan kepada ketua skuad, Azizi Al Fahri dan timbalan, Nurul Nadia Md Zin.

pangkalan data akan dihantar ke pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) inshaAllah.

Berkhidmat untuk Negara,
Azizi Al Fahri, Nurul Nadia Md Zin, Azhar Hamzah, Aina Sakinah, Ahmad Akmal Aziz

pengumuman Malaysian Student Department, Cairo


Tarikh bermulanya Operasi: 2 Februari 2011
Modus Operandi
1. Penerbangan dengan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM):
a) Kaherah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK)
b) Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Rumah MARA)
c) Mansourah – Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5th February, 1000 hrs)
2. Pelayaran:
a) Pelabuhan Al-Adabiyah – Pelabuhan Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir)
3. Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.
4. Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Port Klang.
5. Kos perjalanan balik ke Mesir adalah di atas tanggungan sendiri.
6. Perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.
7. Setiap peserta hanya dibenarkan membawa hand luggage kecil tidak melebihi 7 kilogram.
8. Peserta diingatkan untuk membawa passport/dokumen perjalanan yang sah.
9. Peserta hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Sekretariat dari masa ke semasa.
Jadual Perjalanan
Penyelaras hendaklah mengatur perjalanan dari tempat berkumpul ke lapangan terbang (Rujuk Jadual Penerbangan).
Waktu untuk berkumpul di tempat berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang adalah seperti berikut:
a) Kaherah – 2nd February, 1100 hrs
3rd, 4th dan 5th February, 1000 hrs
b) Alexandria – 4th, 5th and 6th February, 0900 hrs
Kriteria Pemilihan Pelajar-Pelajar
1. Pelajar wanita
2. Pelajar berkeluarga
3. Pelajar yang uzur dan sakit
4. Berada di zon risiko tinggi
5. Pelajar tahun pertama
6. Pelajar sekolah rendah/sekolah menengah
Tindakan Yang Perlu Diambil
Sila isi borang makluman pelajar yang disertakan. (sila rujuk pegawai Negeri, Alex, MARA masing-masing atau klik terus di sini http://jpmk.info/wp-content/uploads/Borang-Peribadi-Pelajar_2011-utk-Evakuasi1.pdf)
Jadual Penerbangan dan Pelayaran Kaherah ke Jeddah
Tarikh Flight 1 (3 aircrafts) Flight 2 (3 aircrafts) Bunga Emas 5
3rd February (delayed)
4th February 0600 hrs 1300 hrs
5th February 0600 hrs 1300 hrs 1400 hrs
6th February 0600 hrs 1300 hrs
Jadual Penerbangan Alexandria/Mansourah ke Jeddah
Tarikh Flight 1 (2 aircrafts) Flight 2 (2 aircrafts)
5th February 0600 hrs 1300 hrs
6th February 0900 hrs 1600 hrs
7th February 0900 hrs 1600 hrs
*TBC
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila berhubung dengan pegawai-pegawai Kedutaan seperti di bawah:
1. En. Saharudin Hassan (+2010-5005338)
2. En. Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris (+2010-1101004)
3. En. Muhammad Hazam Hajanan (+2010-8714264)
4. En. Samsul Kahar Kamarudin (+2010-5382715)
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
2 Februari 2011

update Angkatan Tentera Malaysia [0014hrs GMT +8] [Rabu 3/2/2011]

dilaporkan oleh Azizi Al Fahri, terima kasih diucapkan kepada komrad saya dari pihak tentera.


Salam, Azizi. Kapal Navy Bunga Melati-5 ke Mesir untuk evacuation process tu bukan type frigate tetapi adri jenis kargo sederhana. Maklumat dari pagawai Navy dari Lumut, patut untuk transit boleh digunakan untuk memunggah sehingga 400-500 orang satu satu masa dalam cuaca baik untuk jarak kurang 100 batu nautika.

-Leftenan Sabri-
Tentera Darat Malaysia






update 00:01pm 2/2/2011 (Rabu) GMT +8



"alhamdulillah baru je called rakan di cairo. Satu plane TUDM already fetch student mesir and it's otw to jeddah. The next flight insyaallah tomorrow =)"
~Halimah Osman~

Laporan Akmal Aziz

update 23:54pm 2/2/2011 (Rabu) GMT +8

daripada Ahmad Akmal Aziz
Assalamualaikum.. Ramai ibu bapa yg bertanyakan tentang isu serial number ticket flight.. Ramai mengatakan : 
1) serial number ticket tu x boleh pakai.
2) pihak airport egypt tidak menerima ticket serial number tue, dan ade mengatakan klu nak balik kne beli cash kat counter ticket.
Sy bru menghibungi beberapa pelajar mesir yg berada di airport utk mengesahkan keadaan sebenar : 
Ahmad asyraf ( adik sy ) yg berada di airport alex :
1) dia sudahpn chack in menggunakan serial number ticket
2) katanye sistem down.. Bagaimanapn pegawai airport tu terima je..
3) dekat dubai nnt(transit) bru wat n check semula ticket.
Seorang pelajar yg baru shj tiba 2 jam.. Mengatakan airport di cairo rmi org.. Dan sistem pn down.. Tetapi serial ticket tu diterima.. Dan skarg nie mereka menggunakan sistem first come first serve.. Siapa yg dtg dlu die yg naik.. Dgn syarat ade serial no tue..
Walau apa pn.. Serial no,ticket tu diterima n msh boleh di pki.. Sekian

OPERASI PIRAMID [9.00pm(Malaysia), 3.00pm(Mesir)]

Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan Operasi Piramid untuk membawa pulang pelajar2 Malaysia di Mesir. 


Satu daripada pesawat Charlie 130 yang dikerah ke Mesir berlepas dari pangkalan TUDM Subang, 4:10 petang tadi.


Diketuai juruterbang Kolonel Dzulkarnian Ahmad, ia membawa kumpulan pertama terdiri daripada 70 anggota tentera pelbagai pangkat.

Turut dibawa bersama, bekalan makanan dan ubat-ubatan.

2 buah lagi pesawat Charlie 130 akan berlepas kira-kira 9 malam ini.

Turut serta dalam penerbangan ini nanti beberapa wartawan daripada media cetak dan elektronik.

Sebenarnya, misi membabitkan 3 pesawat Charlie dan kapal Bunga Mas 5 adalah fasa pertama daripada misi yang dikenali sebagai Operasi Piramid.

Dengan tanggungjawab di bawah Kementerian Pertahanan, misi diketuai Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud.

Pesawat Charlie ini dijangka tiba di Mesir esok dan operasi membawa keluar rakyat Malaysia akan dilaksanakan 24 jam sehari dengan keupayaan membawa keluar 2 ribu orang sehari.

Kapal Bunga Mas 5 pula kini dalam pelayaran dari Teluk Aden ke Mesir dan dijangka tiba di Pelabuhan Adabiya 5 Februari ini.

Bunga Mas 5 kemudian akan membawa rakyat Malaysia ke Jeddah.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin: "Kita akan berpangkalan dekat Jeddah. Dari Jeddah, baru kita usulkan mereka dibawa pulang ke Malaysia walau apa cara sekalipun. Yang pentingnya, keselamatan pelajar dan juga rakyat Malaysia ini, dikeluarkan dahulu dari Cairo ke Jeddah."

Operasi membawa balik rakyat Malaysia ke tanah air katanya adalah fasa kedua Operasi Piramid dan akan diselia Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara.

Update Terbaru

SISTEM INTERNET SUDAH MULA PULIH BAGI SESETANGAH MUHAFAZAH, IBU BAPA BOLEH MENCUBA UNTUK MENGHUBUNGI ANAK2 MELALUI INTERNET

update 17:55pm 2/2/2011 (Rabu) GMT +8

‎[INFO PENERBANGAN] : DUA ORANG PELAJAR KITA BERJAYA BOARDING DARI AIRPORT ALEX MENGGUNAKAN AIRLINES KUWAIT AIRWAYS JAM 17.45pm GMT +8 (11.45am GMT +2) pada 2 Februari 2011.


Laporan oleh Nurul Nadia

Update Keadaan 5.00pm(Malaysia), 11.00am(Mesir)

daripada Azhar Hamzah

antara maklumat-maklumat yang saya dapat dari

Kaherah
- pelajar2 dikumpulkan dan ditempatkan di rumah2 malaysia sperti di dewan pelajar Abassiyah, rumah2 negeri seperti Johor, Selangor, Sabah, Melaka dan lain2 negeri.
- duta telah mngeluarkan kenyataan rasmi bahawa TUDM telah berangkat menaiki kapal terbang bersama bekalan makanan kerana khuatir kekurangan bekalan makanan.
- sesetengah pelajar sudah mula dipindahkan, proses pemindahan ini adalah secara berperingkat-peringkat
- bekalan makanan masih mencukupi buat masa ini
- tiada laporan kes keselamatan terhadap pelajar2 lagi buat masa ini, semoga mereka sentiasa selamat.

Iskandariah
- disahkan pelajar akan dibawa keluar dari Mesir, proses pemindahan adalah secara berperingkat, semua pelajar telah diarahkan untuk bersedia dipindahkan
- persatuan pelajar telah menghadkan pergerakan2 pelajar2, bagi perempuan, mereka diarahkan keluar bermushrif siang dan malam, dibenarkan keluar hanya untuk hal yang benar2 penting
- keadaan masih terkawal, tiada laporan kes keselamatan terhadap pelajar2 atau warga malaysia, semua pelajar dilaporkan selamat
- lapangan terbang iskandariah semua berfungsi dengan baik,
- pesanan dari Pengerusi Perubatan Cawangan Iskandariah, "mak ayah di malaysia jgn bimbang keadaan kat sini okey je, tiada apa2 yang perlu dikhuatirkan, insyaAllah keselamatan pelajar2 selamat"

Tanta
- keadaan aman, tiada rusuhan dilaporkan
- pelajar2 telah diarahkan bersedia untuk dipindahkan
- pergerakan pelajar2 dihadkan atas sebab berjaga-jaga dengan keselamatan
- bekalan makan masih mencukupi buat masa ini
- segala persoalan di Tanta, boleh merujuk ke Zulkifli Mohamad (+2011-7403433, 002011-7403433), atau Mohamad Naufal Nasir (+2014-3147475, 002014-3147475)

Mansurah
- keadaan dilaporkan aman, hanya rusuhan kecil yang berlaku
- pelajar2 diarahkan duduk dalam kumpulan dan sentiasa berjaga-jaga
- persatuan pelajar telah keluarkan arahan kepada pelajar2 untuk bersedia dipindahkan bila-bila masa
- tiada laporan kes keselamatan pelajar buat masa ini
- bekalan makanan masih mencukupi


pesanan lain
- proses pemindahan ditumpukan dahulu kepada kawasan2 yang terjejas teruk iaitu di Kaherah dan Iskandariah, bagi kawasan2 lain mereka diarahkan bersedia buat masa ini.
- sistem komunikasi seperti internet dan sistem pesanan ringkas masih tergendala, komunikasi antara pelajar begitu sukar, hanya panggilan telefon sahaja yang berfungsi
- BAGI IBU BAPA YANG MELAPORKAN BAHAWA ANAK-ANAKNYA MASIH TIDAK MENDAPAT SEBARANG BERITA ATAU ARAHAN, DIMINTA PESAN KEPADA MEREKA UNTUK MENGHUBUNGI JAWATANKUASA2 PERSATUAN PELAJAR DI MUHAFAZAH MASING2 ATAU KEDUTAAN MALAYSIA SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENDAPAT ARAHAN SELANJUTNYA. KEADAAN GENTING SEBEGINI MEMERLUKAN KERJASAMA SETIAP PIHAK UNTUK MELANCARKAN PROSES PEMINDAHAN PELAJAR.