Followers

Thursday, February 3, 2011

MAKLUMAN EVAKUASI MANSURAH

Updated : 3/2/2011
Tarikh Evakuasi : 5/2/2011 (SABTU)
Berat Maksimum barang yang boleh dibawa : 7 KG (TERMASUK LAPTOP)
Masa : 3 PAGI.
Tempat berkumpul mengikut zon-zon yang telah ditetapkan

PERINGATAN :

1. Sila sediakan bekalan makanan untuk sehari.

2. Akhawat diwajibkan untuk menggunakan musyrif bagi bergerak ke zon-zon yang ditetapkan.

3. Pastikan dalam keadaan berwuduk kerana kemungkinan besar kita akan solat subuh dalam perjalanan.

4. Minta kepada semua untuk memberi kerjasama yang terbaik dan mematuhi arahan yang diberikan supaya segala proses boleh berjalan dengan lancar.

Sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh merujuk kepada :

1. Pengerusi PCM, Saudara Ahmad Azizi bin Md Jusoh : +20110706817 atau

2. Pengarah MMMC, Saudara Muhammar Amin bin Yasin : +20161140827

3. Pengerusi DPMM, Saudara Zahimie Bin Dzahid +20101489131 (Pelajar Pengajian Islam sahaja).

ZON PERTAMA : ISTAD GAMA’AH

PENDUDUK :

1. SYARI’ IMAN
2. SYARI’ SIDDIQ
3. SYARI’ NOQITY
4. SYARI’ HASSAN SAID
5. SYARI’ ZHORIFF
6. SYARI’ HENDAWI
7. SYARI’ SYARQOWI
8. SYARI’ BARBARI
9. SYARI’ DR AHMAD NAGEY
10. SYARI’ MAKKAH
11. KAWASAN HAYYU GAMAAH

ZON KEDUA : MASJID SAMANOUDY

PENDUDUK :

1. KAWASAN SAMANOUDY
2. SYARI’ TIR’AH
3. SYARI’ ROBIE’
4. SYARI’ AQIL / LORONG CAN CAN
5. KAWASAN GALA’
6. KAWASAN KULIYYAH ADAB
7. SYARI’ NAKHLAH

ZON KETIGA : SYAIMA’

PENDUDUK :

1. SYARI’ AHMAD MAHER
2. SYARI’ OMAR MOKHTAR
3. BANGUNAN YAYASAN TERENGGANU (YT)
4. KAWASAN WEKALAH

ZON KEEMPAT : UTUBIS GADID

PENDUDUK : SEMUA PELAJAR PENGAJIAN ISLAM.



~Anan Mohamad Akmal Adanan~


Akmal Aziz

7 comments:

  1. moga selamat tiba di tanah air :)

    http://mohamadazhan.blogspot.com/2011/02/revolusi-mesir-sejarah-hitam-dosa-mesir.html

    ReplyDelete
  2. dari Wisma Putra

    http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/2011/02/kenyataan-rasmi-wisma-putra-situasi.html

    ReplyDelete
  3. Tak faham dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia. Hanya tahu merungut, tak mahu bersabar mahupun bertenang. Evacuating 11,000 people is surely not an easy job, logistic-wise and cost-wise. Memang bantuan dari kedutaan negara lain tiba lagi awal, tapi mungkin sebab mereka x mempunyai bilangan rakyat sebanyak kita di sana? Yang pasti, warga Amerika Syarikat yang ingin dipindahkan ke negara Eropah terdekat ie 'Safe Haven' perlu membayar balik tambang kepada kerajaan mereka. Dan setibanya mereka ke 'Safe Haven', perjalanan untuk pulang ke US perlu diurus dan dibayar sendiri. Begitu juga dengan warga UK.

    Tapi Malaysia?
    Rakyat Malaysia dipindahkan ke 'Safe Haven', percuma. Itu pun masih ada yang merungut, "Kenapa nak menumpang di negara orang? Kenapa tak dibawa pulang terus ke Malaysia?"

    Rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia secara berperingkat dari 'Safe Haven', percuma, tak perlu risau nak uruskan beli tiket ke apa. Itu pun masih ada yang menghasut, dengki tak tentu hala.

    Fikirkanlah, kalau kos tambang ke Malaysia RM2,000 seorang, kos nak membawa balik 11, 000 org rakyat Msia berapa agaknya ya? Itu pun boleh percuma? MasyaAllah.

    Memang saya tak berada di tempat mereka dan tiada hak untuk judge, tapi dari pemerhatian saya, alangkah bersyukurnya jadi rakyat Malaysia.

    Yang penting, moga-moga semuanya selamat saja hendaknya, sama-samalah kita mendoakan mereka.

    ReplyDelete
  4. Polis Belasah Aktivis Demo Anti-Mubarak di KL 4.2.2011

    ReplyDelete
  5. mcm mne dgn student alexandria? dpt contact. katanya sesetengah antra mrka ditempatkan di bangunan mara. tapi. bagaimana dgn pnrbgn pulang mrka?

    ReplyDelete
  6. latest dari wisma putra - senarai pelajar yg menaiki pesawat sudah selamat tiba, syukur alhamdulillah

    http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/2011/02/wisma-putra-kemaskini-terbaru-senarai.html

    ReplyDelete
  7. Mlm tadi jam 10.00 telfon anak yg masih berada di Bgn. Mara, Alex. Masih ramai yg berada di sana. Makanan mahal & hanya boleh dibeli di kantin. Tidak boleh memasak di Bgn Mara. Hanya makan roti semenjak 2 hari........ Mereka masih lagi keliru bila akan dihantar ke Lapangan Terbang. Ration dari Putera Malaysia tak sampai pun di sana!

    ReplyDelete