Followers

Friday, February 25, 2011

GREEN LIGHT

Alhamdulillah, Menteri Kementarian Pengajian Tinggi, YB Dato' Khaled Noordin mengumumkan kebenaran kepulangan ke Mesir dan 12hb Mac sebagai tarikh paling awal kuliah bermula.

Alhamdulillah...Semoga dipermudahkan segala urusan pulang ke Mesir.


Hazeirah Ibrahim

Thursday, February 17, 2011

Penjelasan Isu Pulang Semula ke Mesir

update: 1753hrs 17/2/2011 (Khamis) GMT +2 @ 1153hrs 17/2/2011 (Khamis) GMT +8

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
    Segala puji dan syukur kehadrat Allah, Tuhan sekalian alam diatas berjayanya Ops Piramid dan juga selamatnya rakyat kita kembali semula ke tanah air. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Malaysia Airlines, Air Asia dan semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan operasi evakuasi pelajar kita di sana. Di sini terdapa beberapa pengumuman penting berkenaan keadaan semasa yang melibatkan isu pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

1. TIADA jaminan keselamatan bagi pelajar yang ingin pulang semula ke Mesir.

2. Kerajaan masih lagi belum memutuskan tarikh selamat pulang ke Mesir memandangkan keadaan di sana masih lagi bergolak.

3. Wakil pelajar kami masih ada di sana dalam menilai situasi semasa, dan diharap semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif berkenaan kredibiliti kami dan juga kredibiliti Kerajaan Malaysia dalam menjamin keselamatan dan kelangsungan akademik pelajar kita.

4. Berkenaan tarikh mula kulliyah, kami sudah sedia maklum perkara berkenaan dengan universiti. Wakil pelajar telah berjumpa dengan Professor di Universiti dan juga pegawai EM (Education Malaysia) di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan juga pegawai negeri, hasil perbincangan, tetap tiada jaminan bahawa pelajar Malaysia selamat kembali ke Mesir buat masa ini dan kulliyah akan bermula seperti biasa (belum tentu pasti kulliyah akan mula).

5. Perlu difahamkan bahawa pihak universiti tidak akan menanggung risiko keselamatan pelajar kita, dan kerajaan telah bersusah payah membawa keluar pelajar kita demi keselamatan nyawa, jiwaraga dan maruah setiap pelajar.

6. Sebarang spekulasi universiti akan memulakan kulliyah dan peperiksaan tidak perlu dilayan. Mahasiswa/wi kita lebih arif lagi tentang sikap dan perangai orang Arab selama ini. Tangguh menangguh dan memungkiri janji adalah suatu perkara biasa bagi orang Arab (termasuk peringkat atasan sekalipun). Sebagai contoh, setiap tahun universiti umukan 26 September untuk mula semula kulliyah, tapi bila tiba waktunya, universiti akan tangguhkan kepada 1 Oktober kerana pelajar tak pulang lagi. Ini juga dapat dilihat pada hari ini, Mansoura University pada mulanya memutuskan kulliyah utk mula pada 19/2 kemudian ditangguh pada 26/2 dan terkini 5/3. Ini telah membuktikan betapa arab ini tidak konsisten dengan apa yang mereka lakukan. Bagi mahasiswa/wi, kalian lebih arif dengan perkara ini, bak kata arab "bukro ! "


7. Keadaan di Mesir nampak tenang sekarang, namun perlu diingat bahawa dari segi politik mereka masih belum stabil, pemerintahan tentera tidak menjaminkan apa-apa selagi the new government masih belum diputuskan. Polis juga masih belum ditempatkan, dan keselamatan buat masa kini adalah insiatif individu tersendiri di Mesir.

Sebarang masalah sila berhubung dengan Wisma Putra bagi pihak Kerajaan Malaysia, dan kami di sini membantu kerajaan Malaysia sebagai perwakilan pelajar, inshaAllah.


Berkhidmat untuk Negara,

Muhammar Amin Abdul Yasin (Abg Amin)
Director, Mansoura Manchester Medical Community (MMMC)
-sekarang di Mansurah, Mesir-
+20161140827

Muhammad Azrul Azizi Amir Hamdan (Azizi Al Fahri)
Assistant Director, Mansoura Manchester Medical Community (MMMC)
-di Malaysia, perwakilan sementara bagi seluruh pelajar Mesir di Malaysia-
+60135010365


Skuad perhubungan sementara Mesir Malaysia
Timbalan, Nurul Nadia Md Zin
Setiausaha 1: Muhammad Azhar Hamzah
Setiausaha 2: Aina Sakinah Azman
Setiausaha 3: Ahmad Akmal Aziz



p/s: kami memohon maaf andai ada panggilan yang tidak dapat dijawab memandangkan ketika itu kami juga sedang menjawab panggilan dari seluruh tanah air, segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri. Wallhua'lam.

Monday, February 14, 2011

Update penting menganai Pelajar mansourah 15/2 11:11am GMT8

Dear All
I have sent e-mails and messages for Saudi and Malaysian students to come back as soon as possible. Please forward this e-mail to all students that you have contact with.
The next semester will start as follows:
Semesters 6, 7 , 8 and 10 will start induction on 19/2/2011.
Current Semester 8 will resume Pediatrics on 19/2 for one week and the exam will be held on 3/3/2011 as planned. Semester 9 will start induction on 12/3/2011.
Semesters 2 and 4 will start on 1/3/2011.
Dr Dalia.

Pelajar Mansourah
Kema

Monday, February 7, 2011

DARI BILIK GERAKAN PRIHATIN RAKYAT KELANTAN

Bilik Gerakan Prihatin Rakyat Kelantan Di Mesir
Bangunan UMNO Negeri Kelantan
Jalan Tengku Chik
15000 Kota Bharu
Kelantan

Telefon : 097432136 / 097432137
Faks    : 097432142
emel    : minda.kelantan@gmail.com


Sebarang maklumat dan info berkaitan dengan rakyat Kelantan, di minta menghubungi talian di atas. Terima Kasih.


Di sediakan oleh : Nurul Nadia

update Jeddah [0818hrs 8/2/2011 Selasa] GMT +8

dari Farahiyah Ismail, official informer

royal wlcome roger no prob small matter insyaAllah evryone in His blessng.fr this moment i still cant reach 'em in jeddah,im nt sure da ppl dats going to inchrge stdnt there.insyaAllah evrythng in cntrol.but u can try to cntact ds ppl.hopeflly they'r nt so busy.

En Iskandar:00201237607375 
Us Zulkifli Din MSD:0020198693394. 
Jbt Pengajian Tinggi M'sia Prof Dr Rujhan:0192708222.
Dr Syed Alwi:0197520672.
En Jamalullai:0129316172.

Bilik Operasi, Kompleks Tabung Haji Madinatul Al Hujaj, Jeddah
Tel : 00 966 5671 55 710 / 00 966 2630 16 38

Operations Room, Ministry of Foreign Affairs, Putrajaya
Tel: 03-88892746 / 03-88874570 / 03-88874770 / 03-88892830 / 019-2784566 / 019-3414080 / 019-3154080

Operations Room, Embassy of Malaysia in Cairo, Egypt
Tel: 00 202 3760 7375 / 00 202 3761 0270

*awfully srry fer da late rspone.ntwrk nt so gud.





Berkhidmat untuk Negara,
Azizi Al Fahri

update Jeddah [0815hrs 8/2/2011 Selasa] GMT +8

dari El Amin El Razak, Mansoura University Tahun 3
update: aku in Jeddah @TH hostel. internet access ada tp slow dan certain tempat tak dapat.just tinggal beberapa last trip dari alex dan cairo.

besok pg dengarnya lebih kurang 1500 orang akan diterbangkan ke KUL dari Jeddah.

Suasana dkt sini baik dan bekalan makanan yang memuaskan.

lagipun ada kedai runcit dan "mamak stall" dkt sni. ada roti canai, capati dan sebgainya. memudahkan.

Berkhidmat untuk Negara,
Azizi Al Fahri

Saturday, February 5, 2011

mohon maaf atas kesulitan

saya memohon maaf kerana setakat ini tiada laporan dari Jeddah lagi, kami masih menunggu rakan-rakan di Jeddah untuk menghubungi kami.. seribu kemaafan dipohon kepada rakyat Malaysia.


berkenaan keadaan semasa di Mesir, kami akan terus usaha menghubungi mereka yang masih dalam proses evakuasi. 


Berkhidmat untuk Negara,
Azizi Al Fahri