Followers

Monday, January 31, 2011

pengumuman LAPOR DIRI

PENGUMUMAN PENTING : Kepada semua pelajar MESIR yang telah SELAMAT sampai ke MALAYSIA selepas krisis ini, sila LAPOR diri kepada setiausaha wakil pelajar di sini, AZHAR HAMZAH, untuk pangkalan data bagi membantu Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Boleh hubungi beliau di: +60197461059, sebarang kemusykilan bolehlah merujuk kepada kami. Sekian.

kemusykilan sila rujuk kepada saya, Azizi Al Fahri dan pembantu saya, Nurul Nadiya.. boleh hubungi kami secara personal di talian hp kami, num hp saya: +6013 5010365, num hp Nadiya: +60173193923.. harap semua pelajar dapat melapor diri bagi memudahkan segala urusan pegawai kita di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. kami akan hantar pangkalan data ni kepada mereka kelak, inshaAllah.

13 comments:

  1. salam , sy antara pelajar mesir yg baru smpai ke malaysia 29 jan lepas , sewaktu rusuhan tersbut berlaku , adakah sy termasuk pelajar mesir yang PERLU melapor diri spt yang tertera di atas ataupun hanya pelajar yg sekarang masih di mesir yang akan dibawa pulang nanti yang wajib melapor diri setelah mereka tiba di malaysia?
    jikalau ya , sy akan cuba memaklumkan kepada kawan2 sy yang juga baru pulang ke malaysia dari mesir untuk melapor diri kepada pihak bertugas bagi memudahkan urusan,

    terima kasih kepada pihak2 yang sangat membantu memastikan keselamatan pelajar mesir,Kami yang baru pulang juga berasa sangat risau terhadap keselamatan sahabat2 kami di sana.

    ReplyDelete
  2. sebaiknya laporkan diri dulu ya, untuk keselamatan dan pengetahuan pihak berkuasa kerajaan. tahniah blog ni, sangat bermanafaat kepada semua rakyat Malaysia!

    ReplyDelete
  3. salam najiha, awk dari alex ke? mcm mana student di sana

    ReplyDelete
  4. kami keluar dr terminal 1 cairo jam 4stgh pagi royal jordan 31hb .. blom sampai mesia masih di jordan sbb flight ke mesia terlepas mase masih di egypt sbb airport time tuh tegang terlampau padat x de ruang langsung dlm airport ade yg pengsan ade yg gaduh2 masing2 nk keluar dr mesir, setelah 10jam berebut untuk check in baru dpt boarding pass ..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    Saya Azizi Al Fahri, mewakil pelajar Mesir di Malaysia, mohon kepada semua sahabat seperjuangan yang telah tiba di Malaysia, tak kira tajaan kerajaan, negeri mahupun swasta, agar melaporkan diri kepada setiausaha saya, Azhar Hamzah. Saya dan timbalan saya, Nurul Nadiya akan berjumpa wakil Kementerian Pengajian Tinggi sebentar lagi inshaAllah, mari kita sama-sama mudahkan urusan semua pihak. Terima kasih saya ucapakan. Semoga Allah memberkati kita semua.

    ReplyDelete
  6. red budu: wsalam, tak sy pelajar dr cairo, keadaan pelajar alex sy tak pasti sbb waktu sy nak balik , telefon dan internet dah di block waktu tu, stakat yg saya tau , pelajar 2 di kaherah@cairo dah dikumpulkan di malaysian Hall dan yang selebihnya di rumah negeri sebab ramai pelajar, mungkin boleh tanya kepada MARA utk tahu lebih lanjut sbb kebanyakan pelajar2 Mara berada di alex .

    syukran ,blog ini sangat bermanfaat!

    ReplyDelete
  7. semoga Allah permudahkan semua urusan.. ameen..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. semoga yang lain pun akan selamat smpi malaysia. setiap kali baca update, hati saya pulak yang berdebar2.

    ReplyDelete
  9. saya bersetuju ngn pendapat AtieAbid... sy ada shbt baik sy kat sana, malm sebelum rusuhan tue sy ada on9 ngn dia tapi line x clear, sy ingt mngkn masalah broadbnd... x sangka dah sampai mcm nie berlaku di Mesir... hanya doa yg mampu kita hulurkn setakat nie... amin.

    ReplyDelete
  10. salam azizi. camana progress with KPT? adik saya disana skrg. bila kerajaan nak bawak balik mereka semua..risaunya la...

    ReplyDelete
  11. mohd helmi..mcm ne keadaan kt airport jordan? x mcm kt airport mesir kn? or same je? huhu..moga ALLAH mudahkn & lindungi semuaye..ameen..

    ReplyDelete
  12. saye student tahun2 perubatan alex yang sudahpun berada di malaysia. semalam alhamdulillah dapat hubungi kawan2 dekat sane.. setahu saya pelajar2 dah dikumpul dalam rumah2 tertentu dan asrama mara. insyaALlah mereka selamat. cuma sekarang menunggu bantuan je.

    cuma saya nak tanya ape tindakan terhadap rakan2 di lapangan terbang kaherah? mereka sudah 3 hari terkandas di situ. ada ape2 update pasal tu?

    ReplyDelete