Followers

Monday, January 31, 2011

pengumuman

Dengan Nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

assalamualaikum..
kepada saudara saudari yang prihatin dengan nasib rakyat kita di sana..

kita semua sekarang sedang berusaha mewujudkan hubungn yang baik dengan kerajaan, kita memandang bahawa hanya kerajaan yang mempunyai sepenuh kuasa untuk menyelamatkan pelajar kita di sana, kerana sekiranya hanya atas dasar kapasiti atau individu semata, kita tak mampu buat apa-apa untuk selamatkan rakyat kita di sana.

sehubungan dengan itu, kami bagi pihak "bridge" memohon kepada semua yang prihatin terhadap rakyat kita di mesir agar tidak bertindak secara emosi yang keterlaluan sehingga memaki hamun dan membangkang sehabisnya kerajaan kita.

kita tetap bersama kerajaan untuk membantu rakyat kita di sana. jadi harap semua yang perihatin agar bersabar. tugas kita disini memuhasabah dan memaklumkan kepada kerajaan dan rakyat akan keadaan sebenar yang berlaku di mesir terhadap rakyat kita.

kami sudah ada wakil yang sukarela berurusan di wisma putra, dan juga wakil yg ikhlas untuk menghubungi Perdana Menteri secara peribadi. sama-sama kita berterusan berusaha untuk memastikan SEMUA rakyat kita selamat keluar dari mesir dan sampai ke tanah air.

apapun, kita bersangka baik dengan semua pihak. Islam melarang kita bersangka buruk kerana itu akan menyebabkan dosa.

kami pun amat khuatir akan apa yang berlaku, dan team "bridge" sendiri dari pihak lelaki bersedia untuk pulang semula ke mesir bagi membantu proses evakuasi (evacuation) di sana.

terus berusaha, berdoa !


p/s: maaf andai kami tak mampu menjawab semua persoalan dari pihak saudari/ri, kerana tugas kami di sini sebagai media massa dan wakil perhubungan antara pelajar mesir, pelajar malaysia, dan kerajaan, dan sebagai media kami melaporkan situasi terkini apa yang berlaku berdasarkan laporan yang kami terima dari pelajar kita di sana.

untuk soal status pelajar secara individu, adalah lebih baik bertanya terus ke pihak kedutaan malaysia di mesir termasuk pegawai2 setiap negeri, kerana itu tanggungjawab mereka untuk menjaga setiap individu di sana. Kami hanya membuat liputan, kami khuatir kami tak mampu laksanakan tanggungjawab melebihi keupayaan kami yang hanya sebagai media buat masa ini.

20 comments:

  1. yup..bukan masanya nak blame gov, yg penting slmt bw keluar all malaysian di sana.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. ALLAH sentiasa di sisi kita semua.. semoga korang semua yang berusaha ini akan berjaya!! rakyat Malaysia pasti mendoakan..

    ReplyDelete
  3. semoga Allah mempermudahkan urusan kalian.

    ReplyDelete
  4. betul tu.jangan lah blame kerajaan.
    sama-sama kita berdoa agar semuanya selamat.ameen

    ReplyDelete
  5. inshaAllah akan dipermudahkan urusan..smg semuanya selamat..

    ReplyDelete
  6. pray hard people. doakan mereka semua selamat

    ReplyDelete
  7. gov dh lakukan sebaik mgkin...sumer kt sane modal insan yg x ternilai....jgn biar isu ni dipolitikan!!n jgn smapi budaya merusuh ni hinggap kt malaysia...syukur negara kte aman...

    ReplyDelete
  8. If you know anyone in Egypt, please pass this on to them:

    To bypass government blocking of websites, use numerical IP addresses:
    Twitter ”128.242.240.52”
    Fb ”69.63.189.34”
    Google ”172.14.204.99”

    A French ISP offers free dial up internet access:
    +33 1 72 89 01 50
    Login username+password: toto.

    Please pass this on and share.

    edit sendiri id pass...

    ReplyDelete
  9. kerajaan pon msti ngah mengalami saat2 yg sukar...byk bnde kene pk..kite saport kerajaan same2..we r muslim ryte?jgn r gado2 n tuduh2...i m sure their trying their best!

    ReplyDelete
  10. Kalau ada sesiapa yang mempunyai cara menghubungi rakan-rakan yang ada di Mesir bolehlah berikan mereka maklumat ini:

    If you know anyone in Egypt, please pass this on to them:


    To bypass government blocking of websites, use numerical IP addresses:
    Twitter ”128.242.240.52”
    Fb ”69.63.189.34”
    Google ”172.14.204.99”


    A French ISP offers free dial up internet access:
    +33 1 72 89 01 50
    Login username+password: toto.


    Please pass this on and share.


    Dengan memasukkan IP adress tu dalam adress bar, maka mereka akan dapat masuk Facebook dan bolehlah kita bertanya khabar dekat mereka yang terlibat.

    Harap-harap mereka semua selamat. Insya-Allah.

    Entri Asal Disini Cara bypass Internet kerajaan Mesir | BLOG ARCX13.COM

    sumber : http://gengblogger.com/v/345065

    ReplyDelete
  11. bley x jgn divide antara bdak tajaan ngan prsendirian?? diorg sume same okeh!!

    ReplyDelete
  12. ye betul tu, jgn nak blame kan kerajaan je, bkn sikit pelajar, 11 000. kalau boleh, jgn la nak libatkan kerajaan pilih kasih pada student medic je. keadaan sgt genting, xde faedah nak gaduh2 apa yang kita boleh buat BERDOA sumoga Allah permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  13. Yey!yang utama, keselamatan pelajar-pelajar bukan pertengkaran sesame kita..kami mendoakan dari jauh yang terbaik untuk kkalian..

    ReplyDelete
  14. salam...
    cuba mintak tolong dengam PMRAM...mereka selalu & pasti tolong semua rakyat malaysia di mesir dgn segera..
    pelajar2 tajaan selalu update,syukurlah..
    yg ambil bidang agama macam mana status mereka sekarang?
    saya doakan semuanya selamat:)


    bekas pelajar usuluddin al azhar kaherah

    ReplyDelete
  15. sokong ! tiada politik dalam hal-hal sebegini.

    ReplyDelete
  16. bila kerajaan lambat, korang maki hamun..

    bila kerajaan dah tolong, sikit pun tak berterima kasih...

    come on la...kerajaan bukan bodoh.semuanya perlukan strategi...bukan hentam keromo nak pergi ambil pelajar malaysia kat sana...

    ReplyDelete
  17. ya lah anakjantan..strategi2 jgk..kamu tak ada anak kat sana bolehlah cakap macam tu..kamu tak rasa apa yg kami rasa..tak kiralah bodoh ka cerdik ka..duit kerajaan tu kan duit rakyat jugak!!gunalah bila keadaan terdesak mcm nie!!! nyawa tak ada harganya!!

    ReplyDelete
  18. part 2:-

    NYAWA TAK TERNILAI HARGANYA @ TAK BOLEH DIBELI DGN RM/DOLLAR/RUPIAH/DIRHAM/YEN APA2LAH!!

    ReplyDelete
  19. puan kalsum...

    ini bukan soal duit..tak kira la duit rakyat ke..duit kerajaan ke..ini soal strategi..

    "Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, masih menunggu kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi untuk masuk ke Jeddah, kata Timbalan Komander misi menyelamat, Kolonel Dzulkarnain Ahmad."

    kalau kita nak cepat ambil pelajar tapi belum dapat green light dari pak arab, macam mana?

    please...tolong la jangan pentingkan diri sendiri.bukan anak kita je nak diselamatkan..

    "biar lambat, asalkan selamat"...

    ReplyDelete