Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia
KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.
Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Katanya, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya pelajar.
“Ini adalah keputusan terkini mesyuarat pelbagai jabatan yang memantau rapi perkembangan di Mesir dan akan dilaksanakan jika senario mencapai tahap kritikal. Kedutaan Malaysia di tiga negara terbabit akan menyelaras isu berkaitan tempat tinggal dan makanan jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.
Anifah menegaskan, kerajaan tidak mempunyai halangan jika ada rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan Mesir secara sukarela dan atas perbelanjaan sendiri berikutan keadaan huru-hara susulan krisis kepemimpinan di negara itu yang bermula Selasa lalu.
“Bagaimanapun, kita harap semua rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Kaherah supaya kita mengetahui bilangan sebenar mereka di sana. Perangkaan tepat akan memudahkan usaha membawa keluar jika perlu," katanya.
Anifah berkata, perkembangan di Mesir diklasifikasikan pada tahap ‘amaran jingga’ iaitu persediaan membawa keluar rakyat Malaysia dan akan digerakkan sebaik situasi tegang bertukar menjadi ‘amaran merah’ iaitu pemindahan bagi tujuan keselamatan.
Beliau menasihatkan semua pihak bertenang dan menghubungi talian yang disediakan Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan ahli keluarga masing-masing dan kerajaan memandang serius tanggungjawab memelihara keselamatan warga Malaysia di luar negara dalam keadaan genting seperti sekarang.
Gelombang kebangkitan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu dilaporkan semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir.
Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TinggalkansementaraMesir/Article
Ya Allah selamatkanlah rakyat Malaysia di Mesir dan jatuhkanlah Regim Hosni Mubarak..
ReplyDeleteAmaran hujan peringkat merah di Johor
amiin..
ReplyDeleteselamat kan mereka YA ALLAH..
ReplyDeletewuahh!! tanta pun tersenarai? adik matdin kat tanta tu!!
ReplyDeleteKepada semua yang ada adik,abg,kakak atau saudara mara di Mesir,kita kena buat sesuatu untuk desak kerajaan bawa keluar student Malaysia kat mesir.keadaan kat sana dah semakin x terkawal.kita kena initiate perhimpunan ahli keluarga pelajar di mesir
ReplyDeleteplan 1 :
buat 1 blog bertajuk perhimpunan membawa pelajar Malaysia pulang.tetapkan tarikh demo kepada hari rabu bertempat di depan kementerian pengajian tinggi.
plan 2 :
Dapatkan contact number keluarga pelajar yg belajar di mesir kerana kita perlu pastikan semua ahli keluarga 11 000 orang pelajar di sana terlibat.at least kita akan dapat perhimpunan 22 000 org sekiranya setiap org pelajar diwakili 2 org ibu bapa.
saya harap kita dapat bergerak dgn segera sebelum apa2 terjadi.keadaan di mesir sekrang dh sampai tahap kuning nk berpindah ke merah
klo ada pape kontek aku. aku ada 2 adik kat sana.
ReplyDeleteBaru jer berbicara dg suami saya dari egypt,dia dapat info dari pegawai kedutaan bhw flight delay waktu perintah berkurung dan siang hari flight berjalan seperti biasa. Bagi malaysians yg kehabisan bekalan makanan di airport, kedutaan ada hantar makanan kat diorang dan yg terkini PM dah arahkan supaya pesawat tentera ke Mesir. Khabarnya Hercules Airplane dah masuk ke Egypt untuk pindahkan rakyat Malaysia ke negara2 berhampiran dan mereka blh pulang dari sana. Doakan keselamatan mereka.
ReplyDeleteummumishkah: salam, adakah kemasukan Hercules Airplane untuk meng evacuasi semua rakyat m'sia di seluruh mesir or just tempat2 yg paling memuncak(cairo, alex, suez)?
ReplyDeleteadik saye di zagazig, situasi kat sana is under yellow zone..
Dengan Nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
ReplyDeletetapi....
( hanya kerajaan yang mempunyai sepenuh kuasa untuk menyelamatkan pelajar kita di sana)
n don said like u know feeling of other coz u dont know how its feel when ur family r there
wassalam
nrl_aj,
ReplyDeleteI have no idea about it but hopefully all malaysians will be included.. keep praying dear!