KENYATAAN AKHBAR
YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
MENGENAI KEADAAN DAN SITUASI TERKINI
PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR
2HB FEBRUARI 2011 (RABU)
___________________________________________________________________
1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil maklum, prihatin serta bersimpati dengan keadaan sukar dan situasi getir yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia yang kini berada di Republik Arab Mesir, selepas hari kesembilan berlakunya demonstrasi dan rusuhan oleh rakyat Mesir di sana.
2. Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut. Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.
3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat keselamatan kepada semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir. Di samping itu juga, nasihat serta siaran hebahan telah diberikan kepada semua pelajar agar mereka sentiasa dan dapat mematuhi arahan keselamatan termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada masa-masa yang ditetapkan. Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga dinasihatkan agar dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya bagi menghadapi saat-saat sukar di sana.
4. Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana. Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka tidak terputus. Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta situasi pelajar Malaysia yang lain. Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya. Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan mereka. Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka. Langkah ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana dapat diketahui.
5. Sementara itu, bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli keluarga mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-
1) Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa
Pemangu Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No. Telefon : +6019 – 270 8222
E-mel : mrujhan@mohe.gov.my
2) Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff
Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6019 – 752 0672
E-mel : alwee@mohe.gov.my
3) Encik Jamalulail Bin Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Jabatan Penuntut Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6012 – 931 6172
E-mel : jamalulail@mohe.gov.my
6. Seperti mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah umumkan semalam (1 Februari 2011), Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Republik Arab Mesir melalui udara dan juga laut. Pelajar dan rakyat Malaysia akan di bawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan perlindungan serta tempat yang lebih selamat di Arab Saudi. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan urusan pemindahan berjalan dengan lancar dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.
7. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana. Cairo University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-Azhar selama 1 tahun; manakala Ain Shams University menetapkan cuti selama 6 bulan.
8. Pada ketika ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa berhubung dan mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan-tindakan selanjutnya diambil. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga sentiasa berhubung dengan pihak Kementerian Luar, Wisma Putra, Kementerian Pertahanan dan beberapa agensi keselamatan lain bagi mendapatkan maklumat lengkap dan situasi terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia di Mesir.
Disediakan oleh:-
Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi
Putrajaya
2 Februari 2011
Di post oleh Nurul Nadia.
sgt bertungkus lumus squad-semua . Moga ALLAH memberi kebaikan pada kalaian semua
ReplyDeleteAlhamdulillah...ramai juga yg dpt dihubungi...semoga mereka semua selamat...ramainya belajar kat sana...
ReplyDeletehrp KPT dpt update uni lain bg cuti bpe lame.. :))
ReplyDeletekalau student kita xmau balik.mcm yg dikatakan oleh menteri amatlah disenangi.jd,apa yg dikatakan itu buatlah seikhlasnya sesama insan. jg keselamatan depa,sediakan makan minum secukupnya.tahniah kerajaan.
ReplyDeletefuhh.. lama cuti tu.. macam mana la nasib kawan2 kita ni lepas ni.... yang terbaik je hendaknya..
ReplyDeleteterima kasih di atas keperihatinan MOHE. Buat masa ini, kami kaum keluarga dan sahabat handai ingin tahu apa rancangan seterusnya? kalu nak evacuate, bagi destination points and criterium. jadi kami boleh sampaikan maklumat ini kepada mereka di Mesir. Secepat mungkin lah saya harap. Setakat apa yang di ceritakan di atas oleh MOHE, kami pun dah tahu. Yang pentingnya, since MOHE berkerjasama dengan berbagai kementerian yang penting, sila bagi tahu apa yang kami tak tahu. Apakah suasana di sana akan lebih meruncing? apakah perlu ada mass evacuation? Dimana rakyat Malaysia yang bertaburan di seluroh Mesir perlu berkumpul jika perlu mass evacuation atau evacuation by stages? Apakah amaran amaran awal perlu di perhatikan oleh mereka supaya selamat semasa perjalanan dari tempat tinggal ke tempat berkumpul? in other words the dos and don'ts. Secepat mungkin please Pak Menteri MOHE.
ReplyDeleteApa nasib anak saya di Mesir? (Kurang enak didengar)
ReplyDeleteKenyataan penuh di:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30673:apa-nasib-anak-saya-di-mesir&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46
bila dalam keadaan tersepit kita cenderung untuk jadi tidak rasional dan mula mencari kesalahan pihak lain.. kita sebagai pelajar luar negara patutnya lebih bersikap rasional dan bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat.. janganlah cepat melenting dan jangan cepat gelabah.. pihak yang berwajib pun tengah berusaha... >11,000 rakyat, perlulah perancangan yang teliti...- just my 2cents
ReplyDeletesemoga allah melindungi semua umat islam di sana
ReplyDelete@keDUak... ada gak pihak yang menangguk di air yang keruh eh... proses evacuation dah pun berjalan kan.. mungkin ambil masa 5 hari sebab ramai... insyaallah semuanya selamat..
ReplyDelete*cakap saja dan menyalahkan memang mudah... tapi apa tindakan mereka?... saya tak berpihak mana2... just being realistic
@john biasalah kan musim banjir ni boleh la nagguk di air yg keruh, lu fikir la sendiri
ReplyDeletemoga yang terlibat dalam misi menyelamat dan maklumat blog ni mendapat keberkatan-NYA, Alhamdulillah.
ReplyDeleteRevolusi Mesir: Israel Hantar Bantuan Senjata Kepada Husni Mubarak?
Inilah pesawat yang akan membawa rakyat Malaysia di Mesir
ReplyDeletehttp://www.duniaterselubung.info/2010/11/inilah-kehebatan-pesawat-c-130-hercules.html
....Dah sahlah Husni Mubarak ni talibarut regim israel
Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan selamat...saya masih menunggu berita ketibaan anak saya dari University of Tanta ke Rumah Sabah di Cairo...
ReplyDeleteBagaimana University of Tanta...bahagian perubatan..berapa lama cuti diberi...atau belum ada perbincangan dengan pihak university
Semoga semua pelajar sedar pengorbanan kerajaan w/pun negara sedang hadapi banjir skg. Kerajaan pula harus bersedia dengan pengisian bermanfaat kepada ribuan pelajar yang akan lama 'menganggur' tanpa menghadiri apa-apa kuliah. Semoga kehadiran ribuan pelajar ini berjaya membina negara Malaysia yang penuh berkat ini.
ReplyDeleteSemoga semua yang terperangkap dimesir dan yang terlibat dalam membantu samada secara langsung atau tidak langsung dipermudahkan urusan oleh Allah. Semoga semuanya bersabar.
ReplyDeletenoruturn
Kerajaan akan bawa balik pelajar Malaysia
ReplyDeleteUtusan Malaysia online melaporkan
Posted by MedicMesir at 07:51
Makluman dari Ummi di Cairo
1hb Feb. 8pagi, satu mesyuarat telah diadakan di Rumah Negeri Pahang dipengerusikan oleh SetPol PM, Dato' Sahlan, dgn di hadiri oleh En. Shamsul, Tn. Hj Shahrudin dan pegawai-pegawai negeri serta Ummi MedicMesir. Antara yang diputuskan adalah:-
1. Mengeluarkan semua pelajar keluar dari Mesir secara berperingkat
2. Mempastikan keselamatan pelajar terjamin. Untuk itu beberapa penempatan telah dikenal pasti iaitu:-
* Kaherah : Dewan Malaysia dan rumah-rumah negeri
* Alexandria : Bngn MARA
* Mansoura : Bngn Yayasan Terengganu
* Tanta : Bngn MedicMesir
Semua bangunan ini akan dijadikan penempatan sementara. Sekiranya keadaan semakin meruncing pihak kedutaan akan menambahkan tahap keselamatan di setiap bangunan ini.
3. Kerajaan Malaysia dalam masa terdekat akan berusaha untuk mendapatkan stok makanan yang secukupnya dan akan diagihkan mengikut muhafazah masing-masing
4. Semua pelajar diminta mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya tidak keluar pada waktu yang diwartakan sebagai "waktu berkurung"
5. Pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia akan mempastikan kebajikan semua pelajar terjamin TANPA mengira latarbelakang negeri asal dan tajaan.
6. Semua wakil muhafazah perlu membekalkan data maklumat yang tepat kepada pihak kedutaan
7. Jika perlu pihak kedutaan akan menyewa bangunan tambahan untuk menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai
8. Memandangkan pemindahan pelajar bukan satu proses yang mudah, maka, segala urusan logistik dan pergerakan perlu kepada perancang yang tersusun.
9. Mesyuarat juga dimaklumkan akan terdapat makluman yang disebarkan di Malaysia sebagai tidak benar. Oleh itu, adalah dinasihatkan agar semua pihak bertanggungjawab mempastikan kesahihan fakta sebelum dihebahkan. Antaranya:-
* Ada pelajar Malaysia di rogol.
* Rumah negeri Sabah di bom
* Airport Alex di bom
* Pelajar mati di tembak, dan banyak lagi...
10. Akhirnya, Pengerusi, YBhg. Dato Sahlan, berharap agar kemelut ini akan berakhir dalam masa terdekat. Mohon semua berdoa agar diberi kelancaran proses yang dirancang.
Salam Ikhlas
UmmiMM, dari Kaherah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya difahamkan bahawa semua plajar di sane dkumpulkan mengikut negeri, adakah mklumat ini betul?? jika betul, saya ada seorg abg pelajar shoubra,(anak negeri pahang), dikatakannye die disuruh brpndh dri rmhnye ke tmpat berkmpul pd pukul 2.00ptg(wktu mlysia), tetapi mslhnye dlm rmhnye itu die seorg shje bdk pahang dan terpaksa berpindah seorang diri...dan sekarang saya nak tahu keadaan die macammn?? nama die muhammad syarifuddin bin muhammad roslan (belajar di shoubra)....
ReplyDeleteSemoga semua usaha yg dibuat membawa kejayaan .. semoga semua selamat rakyat malaysia
ReplyDeleteTerima kasih saya ucapkan kepada pengendali blog ini atas inisiatif mempermudahkan komunikasi bagi mengetahui perkembangan terbaru di Mesir. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi atas keprihatinan dan usaha untuk mengeluarkan rakyat dan pelajar Malaysia dari bumi Mesir.
ReplyDeleteSaya harap tak ada sesiapa yang cuba memperlekehkan usaha kerajaan, sebaliknya bersatu hati berdoa untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia di Mesir.
Berikut sms yang saya terima dari akan yang sedang terperangkap ditempat kediaman kat Uni Zagzazig
ReplyDelete01/2/11 18:26 - Topupkan num maxis. Num Mesir dah kena block sebab semua system dowm. Tolong topup sekarang boleh? Along ok just, sekarang ready nak lari mana2 je. Sekarang memang dah teruk.
01/2/11 - 17:46 - Abah, ni along. Sini dah makin teruk.Today jutaan merusuh kat Cairo.Esok bakal perang dgn army. Kitaorang dah prepare nak lari. please call mecepat before semua system shut down tonight.
28/1/11 - 17:21 - Abah, Call me now . Egypt darurat sekarang
26/1/11 - 00:14 - Abah, sekarang ada rusuhan kat Mesir. Ada yang mati kat Cairo dan Alex. dengar cerita sebab Revolusi Tunisiatu. Semua berhati-hati je sekarang.
semalam ade cal kakak ipar. mak pade anak sedare yg stdy kt mansoura. dia kate anak dia dapat dihubungi cume anak dia je yg x dpt nk cl cni. smoga semua selamat.
ReplyDeleteMajlis Agama Islam Pulau Pinang dan Masjid Negeri akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk keselamatan rakyat Malaysia diMesir.Majlis akan diadakan seperti berikut:
ReplyDeleteTarikh : 2 Februari 2011 (Rabu)
Tempat: Masjid Negeri Pulau Pinang.
Masa : selepas solat Maghrib.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Saya agak terkilan sebab baru saja berhubung dengan abg saya di Mesir. Mereka hanya mendapat maklumat dari wakil pelajar shj tidak dpt berhubung dgn kedutaan malaysia. tapi keadaan abg saya alhamdulillah dia ckp dekat Damanhur stabil dan tidak kritikal.mereka sukar mendapat info terkini situasi /tindakan kerajaan bg menyelamatkan mrk kat sana.saya sudah maklumkan kpd abg utk mengemas barang2 jika dalam masa terdekat ni sudah sampai penyelamat.abg yang akan maklumkan kpd sahabat2nya yg lain utk berbuat demikian.paling abg risaukan tentang sewa rumah.rasa bimbang sbb dia mungkin akan tinggalkan barang2 seperti kitab2 dekat rumah sewa.perlu berunding dgn penyewa rumah jika tinggalkan barang terlalu lama.tapi kita tak tahu situasi yang akan berlaku selepas ini di Mesir.harap segalanya dipermudahkan.
ReplyDeleteada yang tya..boleh caya ke ni? ada rakyat mesia di mesir langsg x tahu mengenai blog ni... sian mereka..
ReplyDelete@Mmr7 maybe better kalau dia ikut kawan2 yang lain. kalau gerak sorg2 x siapa akan tau apa akan terjadi nanti. saya rasa lebih baik bergerak berkumpulan. lebih selamat. n bila dah sampai ke rumah mana2 negeri yang lain tu, informkan pada rumah pahang. call ke. jgn x inform. semoga selamat hendaknya
ReplyDelete@shahjiehan.. saya rase ade perkara lebih penting utk pelajar kita di Mesir risaukan skrg drp sibuk2 usha facebook or twitter untuk mengetahui pasal kewujudan blog ni.
Tadi bercakap dgn anak-Anan Mohd Akmal di Mansoura,katanya Uni tu nak teruskan pengajian, walaupun uni lain cuti 6 bulan.Apa nasihat yg terbaik utk mereka. Terima kasih
ReplyDeleteAlhamdulillah, lebih baiklah semua pelajar² tu dibawa keluar. Takkan baru tenang sikit, nak salahkan keputusan pihak yang bawa mereka keluar. Rasanya konsep syura lebih dimaklumi oleh orang² Mesir. Selebihnya, bermesyuarahlah. :) InsyaAllah dipermudahkan.
ReplyDelete