Followers

Wednesday, February 2, 2011

Update Keadaan 5.00pm(Malaysia), 11.00am(Mesir)

daripada Azhar Hamzah

antara maklumat-maklumat yang saya dapat dari

Kaherah
- pelajar2 dikumpulkan dan ditempatkan di rumah2 malaysia sperti di dewan pelajar Abassiyah, rumah2 negeri seperti Johor, Selangor, Sabah, Melaka dan lain2 negeri.
- duta telah mngeluarkan kenyataan rasmi bahawa TUDM telah berangkat menaiki kapal terbang bersama bekalan makanan kerana khuatir kekurangan bekalan makanan.
- sesetengah pelajar sudah mula dipindahkan, proses pemindahan ini adalah secara berperingkat-peringkat
- bekalan makanan masih mencukupi buat masa ini
- tiada laporan kes keselamatan terhadap pelajar2 lagi buat masa ini, semoga mereka sentiasa selamat.

Iskandariah
- disahkan pelajar akan dibawa keluar dari Mesir, proses pemindahan adalah secara berperingkat, semua pelajar telah diarahkan untuk bersedia dipindahkan
- persatuan pelajar telah menghadkan pergerakan2 pelajar2, bagi perempuan, mereka diarahkan keluar bermushrif siang dan malam, dibenarkan keluar hanya untuk hal yang benar2 penting
- keadaan masih terkawal, tiada laporan kes keselamatan terhadap pelajar2 atau warga malaysia, semua pelajar dilaporkan selamat
- lapangan terbang iskandariah semua berfungsi dengan baik,
- pesanan dari Pengerusi Perubatan Cawangan Iskandariah, "mak ayah di malaysia jgn bimbang keadaan kat sini okey je, tiada apa2 yang perlu dikhuatirkan, insyaAllah keselamatan pelajar2 selamat"

Tanta
- keadaan aman, tiada rusuhan dilaporkan
- pelajar2 telah diarahkan bersedia untuk dipindahkan
- pergerakan pelajar2 dihadkan atas sebab berjaga-jaga dengan keselamatan
- bekalan makan masih mencukupi buat masa ini
- segala persoalan di Tanta, boleh merujuk ke Zulkifli Mohamad (+2011-7403433, 002011-7403433), atau Mohamad Naufal Nasir (+2014-3147475, 002014-3147475)

Mansurah
- keadaan dilaporkan aman, hanya rusuhan kecil yang berlaku
- pelajar2 diarahkan duduk dalam kumpulan dan sentiasa berjaga-jaga
- persatuan pelajar telah keluarkan arahan kepada pelajar2 untuk bersedia dipindahkan bila-bila masa
- tiada laporan kes keselamatan pelajar buat masa ini
- bekalan makanan masih mencukupi


pesanan lain
- proses pemindahan ditumpukan dahulu kepada kawasan2 yang terjejas teruk iaitu di Kaherah dan Iskandariah, bagi kawasan2 lain mereka diarahkan bersedia buat masa ini.
- sistem komunikasi seperti internet dan sistem pesanan ringkas masih tergendala, komunikasi antara pelajar begitu sukar, hanya panggilan telefon sahaja yang berfungsi
- BAGI IBU BAPA YANG MELAPORKAN BAHAWA ANAK-ANAKNYA MASIH TIDAK MENDAPAT SEBARANG BERITA ATAU ARAHAN, DIMINTA PESAN KEPADA MEREKA UNTUK MENGHUBUNGI JAWATANKUASA2 PERSATUAN PELAJAR DI MUHAFAZAH MASING2 ATAU KEDUTAAN MALAYSIA SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENDAPAT ARAHAN SELANJUTNYA. KEADAAN GENTING SEBEGINI MEMERLUKAN KERJASAMA SETIAP PIHAK UNTUK MELANCARKAN PROSES PEMINDAHAN PELAJAR.

4 comments:

  1. If you know anyone in Egypt, please pass this on to them:

    To bypass government blocking of websites, use numerical IP addresses:
    Twitter ”128.242.240.52”
    Fb ”69.63.189.34”
    Google ”172.14.204.99”

    A French ISP offers free dial up internet access:
    +33 1 72 89 01 50
    Login username+password: toto.

    Please pass this on and share.

    ReplyDelete
  2. ribuan terima kasih kepada semua pihak yg telah berusaha keras

    ReplyDelete