dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri , sumber: keluarga pelajar
Assalamualaikum,
1) 4 orang pelajar Malaysia telah selamat berangkat ke London pukul 7pm tadi waktu Malaysia (GMT +8)
2) mereka menggunakan BMI (syarikat penerbangan British), tambang ke London: USD 300++
3) dari London pelajar tersebut akan menaiki Air Asia X, tambang: RM1500++
4) BMI adalah syarikat penerbangan yang masih boleh dipercayai (reliable)
5) kebanyakan airlines lain sudah habis "seat economy", yang hanya tinggal adalah business class, harga yang sangat mahal
6) menggunakan BMI + Air Asia X setakat ini adalah yang paling rendah kosnya, menurut sumber kami.
Sekian.
p/s: maaf kerana lambat update dan panggilan telefon yang tak dapat dijawab, saya (Azizi Al Fahri) mengalami sedikt masalah dengan telefon bimbit saya dan juga komputer bimbit. Seribu kemaafan dipohon kepada semua rakyat Malaysia.
kami akan terus berusaha untuk kemaskini (update) dengan pelajar di Mesir, inshaAllah. proses update agak terganggu kebelakangan ini kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.
sekadar muhasabah dan tazkirah:
"elakkan bersangka buruk sesama kita, kerana kebanyakan sangkaan itu akan menjatuhkan kita ke lembah dosa. Ikhlaskan niat dan hati dalam segala amal perbuatan kerana walau sedikit sombong sebesar biji sawi di hati akan menyebabkan kita tidak dapat menghirup udara syurga, apatah lagi menjejakkan kaki ke dalamnya. Saya, Azizi Al Fahri mewakili semua ahli skuad kami dan juga pelajar Mesir yang telah selamat sampai ke Malaysia memohon ribuan kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia atas segala kelemahan dan kekurangan kami, apa yang baik itu datang dari Allah, apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri"
-semoga Tuhan merahmati kita semua-
Berkhidmat untuk Negara, Skuad Perhubungan Sementara Malaysia Mesir
terima kasih saudara..semoga tindakan saudara dan rakan2 diberkati oleh Allah..bersama2 la kita doakan utk adik2/pelajar2 kita di sana..
ReplyDeletepasti allah akan membalas jasa anda semua....jgn putus doa untuk mereka di sana....semoga semuanya selamat...Allah bantu mereka...
ReplyDeletemoga allah sentiasa melindungi mereka..sama2 kita semua berdoa..
ReplyDeleteSalam, setiap usaha yang baik, pasti akan mendapat hasil yang baik...InsyaAllah..semoga rakan2 di sana dlm keadaan yang selamat dan dilindungi Allah swt...
ReplyDeletelebih kurang 20 pelajar Sabah dari Tanta akan bertolah subuh ini untuk ke rumah Sabah keranan arahan. Doakan anak dan sahabat-sahabat dalam keadaan selamat.(makluman melalui perbualan dgn HP anak )
ReplyDeleteYour squad have done well and a very good job. Terima kasih tidak terhingga atas info yang sentiasa dikemaskini.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyang baik dan buruk dtg dr allah swt jua...alhamdulillah adik ipar sy dah sampai dubai td..rasa dah fly ke m'sia le ni...
ReplyDeletesalam,tumpang tanye saudara,memandangkn kwasan yg paling terjejas teruk merujuk entry saudara adlah kwasan Kaherah & Iskandariah, bagaimanakah maklumat berkaitn bantuan etc disampaikn kpd mereka?sgt2 berharap tdk ade yg keciciran dri bantuan yg dihulurkn kerajaan malaysia..terima kasih...
ReplyDeleteterima kasih saudara.semoga Allah balas jasa saudara & saudari..Abg saya selamat. terima kasih banyak2 atas info yg diberi.
ReplyDeleteterima kasih kerana update..smoga kakak dan abg ipar sy slamat kmbali dan smua plajar d sane....
ReplyDelete