Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan Operasi Piramid untuk membawa pulang pelajar2 Malaysia di Mesir.
Satu daripada pesawat Charlie 130 yang dikerah ke Mesir berlepas dari pangkalan TUDM Subang, 4:10 petang tadi.
Diketuai juruterbang Kolonel Dzulkarnian Ahmad, ia membawa kumpulan pertama terdiri daripada 70 anggota tentera pelbagai pangkat.
Turut dibawa bersama, bekalan makanan dan ubat-ubatan.
2 buah lagi pesawat Charlie 130 akan berlepas kira-kira 9 malam ini.
Turut serta dalam penerbangan ini nanti beberapa wartawan daripada media cetak dan elektronik.
Sebenarnya, misi membabitkan 3 pesawat Charlie dan kapal Bunga Mas 5 adalah fasa pertama daripada misi yang dikenali sebagai Operasi Piramid.
Dengan tanggungjawab di bawah Kementerian Pertahanan, misi diketuai Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud.
Pesawat Charlie ini dijangka tiba di Mesir esok dan operasi membawa keluar rakyat Malaysia akan dilaksanakan 24 jam sehari dengan keupayaan membawa keluar 2 ribu orang sehari.
Kapal Bunga Mas 5 pula kini dalam pelayaran dari Teluk Aden ke Mesir dan dijangka tiba di Pelabuhan Adabiya 5 Februari ini.
Bunga Mas 5 kemudian akan membawa rakyat Malaysia ke Jeddah.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin: "Kita akan berpangkalan dekat Jeddah. Dari Jeddah, baru kita usulkan mereka dibawa pulang ke Malaysia walau apa cara sekalipun. Yang pentingnya, keselamatan pelajar dan juga rakyat Malaysia ini, dikeluarkan dahulu dari Cairo ke Jeddah."
Operasi membawa balik rakyat Malaysia ke tanah air katanya adalah fasa kedua Operasi Piramid dan akan diselia Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara.
semoga semua urusan dipermudahkan..amiin
ReplyDeleteAlhamhdulillah..moga2 pelajar malaysia dan rakyat malaysia smp ke tsnah air....
ReplyDeletealhamdulillah..semoga dipermudahkan segala urusan dan selama pergi dan pulang ke tanahair..
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga semuanya selamat sampai kebumi malaysia ini. Dan saya berharap mereka disana mendapat info gembira ini.
ReplyDeletealhamdulillah.. semoga semuanya lancar, selamat dan cepat tiba..
ReplyDeletealhamdulillah, semoga segalanya berjalan dgn lancar dan dipermudahkan Allah jua.
ReplyDeletesuka untuk saya berkongsi status terkini teman saya, ayu amiza malik yang berada di ARMA, Kaherah.
ReplyDelete"Alhamdulillah, kami slmt di dewan malaysia abbasiah, kaherah, di bawah jagaan pihak kedutaan. doakan perjuangan syabab mesir, terlalu banyak telah mereka bayar untuk harga sebuah perubahan. bersyukur kerana terpilih untuk berada di celah-celah kemelut ini menjadi saksi satu revolusi dan melihat sendiri penzahiran kebencian dan dendam....
harap tak terlalu banyak spekulasi ttg isu pljr msia belum dibawa pulang. walaupun kami agak pelik dan tidak tenteram dgn 'indecisiveness' kerajaan tapi kami baik2 belaka
harap semua tak panik.terutamanya ibubapa.
ada salah faham katanya kami budak jpa anak emas etc, tapi tlg faham kami diarahkan ke arma untuk mndapatkan perlindungan di ARMA terlebih dahulu kerana kawasan kami sangat hampir dgn tahrir square
2 juta demo tu spilled over ke kawasan kami maka kami diarahkan keluar dahulu
harap parents kawasan lain tak risau, iA sumenya baik2 belaka. belum ada kejadian yg tak diingini berlaku di kalangan rakyat msia stkt ni iA
teruskan berdoa.perjalanan kami untuk di evacuate dr mesir masih jauh dan panjang!
kami harap, dlm temph terdekat di al jazera akan melaporkan kerajaan malaysia mula untuk membuat proses evakuasi rakyatnya setelah turki, saudi, kuwait, china, indonesia dan us (voluntary evacuation)
again, doakan rakyat mesir, doakan pelajaran kami tak terjejas dek revolusi ini
kami risau menanti jumaat ni. husni telah bersumpah takkan turun. opposition tak mahu nego. husni diberi kata dua sehingga jumaat untuk turun, kalau tidak...kita tak tahu gelombang apa pula akan melanda mesir...."
Alhamdulillah.. semoga perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeletealhamdullillah..lega rasanya ada operasi ni.
ReplyDeletelike kata2 ayu amiza tu:
ReplyDelete"doakan perjuangan syabab mesir, terlalu banyak telah mereka bayar untuk harga sebuah perubahan. bersyukur kerana terpilih untuk berada di celah-celah kemelut ini menjadi saksi satu revolusi dan melihat sendiri penzahiran kebencian dan dendam...."
she looks at things +vely.. mmg itu salah satu hikmahnye tragedi ni.. sy yg kt malaysia ni agak jeles dgn pngalaman brharge yg mereka smua lalui
Semoga semua pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir dikuatkan semangat dan tabah dalam menghadapi cubaan ini. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
ReplyDeleteamin..utk doa semua..di harapakan plajar malysia slamat..n ALLAH tlah tnjuk d hadapan mata akan konflik d mesir..sbnarnya..ana doakan semua mahasiswa kita d sna slamat..insyaALLAH permudahkan jalan bg mreka yg berjihad d jalannya..
ReplyDeletelike kata2 ayu amiza tu:
ReplyDelete"doakan perjuangan syabab mesir, terlalu banyak telah mereka bayar untuk harga sebuah perubahan. bersyukur kerana terpilih untuk berada di celah-celah kemelut ini menjadi saksi satu revolusi dan melihat sendiri penzahiran kebencian dan dendam...."
harapan semoga Allah melindungi semua rakyat Malaysia yg berada disana... kuatkan semangat anda...
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan dengan baik. semoga rakyat malaysia di mesir selamat tiba ke malaysia
ReplyDeleteAlhamdulillah :) moga mereka selamat pulang
ReplyDeletecepat2 lah bawa keluar sebelum keadaan menjadi semakin tak terkawal
ReplyDeleteharap dgn bantuan segera yg diberikan oleh kerajaan ini dpt membawa para pelajar Malaysia yg ada 11 ribu lebih org itu selamat pulang ke tanah air yg dicintai... Tahniah kerajaan Malaysia..1 Malaysia
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletestylo nama operasi piramid :) smga semua selamat balik
ReplyDeletesemoga rakyat malaysia di mesir selamat pulang ke malaysia. moga2 segala urusan perpindahan mereka dr cairo ke jeddah sentiasa dipermudahkan Allah. amin~
ReplyDeleteSmlm dgr Air asia nak hntr bantuan.MAS tak dgr lagi. Kalau Aasia dan MAS turut bantu, pemindahan dapat diselesaikan lebih cepat. Keadaan masih tak menentu disana.
ReplyDeleteSemoga rakyat Malaysia di Mesir dilindungi Allah SWT.Bertahanlah dengan iman dan amal, IsyaAllah sinar akan kembali. Kalian adalah insan terpilih dan layak untuk tepuhi dugaan ini. Semoga segala urusan dipermudahkan.
ReplyDeletelike kata2 ayu amiza:
ReplyDelete"doakan perjuangan syabab mesir, terlalu banyak telah mereka bayar untuk harga sebuah perubahan. bersyukur kerana terpilih untuk berada di celah-celah kemelut ini menjadi saksi satu revolusi dan melihat sendiri penzahiran kebencian dan dendam...."
Parents jgn cepat melatah, jangan bandingkan negara kita dgn negara luar.rakyat negara luar tidak seramai rakyat malaysia 11,000 orang.untuk menjemput semua harus mempunyai perancangan yang baik.kepada kpd NGO bantulah kerajaan agar dapat mempermudahkan urusan membawa semua rakyat Malaysia Pulang dengan selamat dan cepat.
ReplyDelete