update: 1753hrs 17/2/2011 (Khamis) GMT +2 @ 1153hrs 17/2/2011 (Khamis) GMT +8
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Segala puji dan syukur kehadrat Allah, Tuhan sekalian alam diatas berjayanya Ops Piramid dan juga selamatnya rakyat kita kembali semula ke tanah air. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Malaysia Airlines, Air Asia dan semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan operasi evakuasi pelajar kita di sana. Di sini terdapa beberapa pengumuman penting berkenaan keadaan semasa yang melibatkan isu pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.
1. TIADA jaminan keselamatan bagi pelajar yang ingin pulang semula ke Mesir.
2. Kerajaan masih lagi belum memutuskan tarikh selamat pulang ke Mesir memandangkan keadaan di sana masih lagi bergolak.
3. Wakil pelajar kami masih ada di sana dalam menilai situasi semasa, dan diharap semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif berkenaan kredibiliti kami dan juga kredibiliti Kerajaan Malaysia dalam menjamin keselamatan dan kelangsungan akademik pelajar kita.
4. Berkenaan tarikh mula kulliyah, kami sudah sedia maklum perkara berkenaan dengan universiti. Wakil pelajar telah berjumpa dengan Professor di Universiti dan juga pegawai EM (Education Malaysia) di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan juga pegawai negeri, hasil perbincangan, tetap tiada jaminan bahawa pelajar Malaysia selamat kembali ke Mesir buat masa ini dan kulliyah akan bermula seperti biasa (belum tentu pasti kulliyah akan mula).
5. Perlu difahamkan bahawa pihak universiti tidak akan menanggung risiko keselamatan pelajar kita, dan kerajaan telah bersusah payah membawa keluar pelajar kita demi keselamatan nyawa, jiwaraga dan maruah setiap pelajar.
6. Sebarang spekulasi universiti akan memulakan kulliyah dan peperiksaan tidak perlu dilayan. Mahasiswa/wi kita lebih arif lagi tentang sikap dan perangai orang Arab selama ini. Tangguh menangguh dan memungkiri janji adalah suatu perkara biasa bagi orang Arab (termasuk peringkat atasan sekalipun). Sebagai contoh, setiap tahun universiti umukan 26 September untuk mula semula kulliyah, tapi bila tiba waktunya, universiti akan tangguhkan kepada 1 Oktober kerana pelajar tak pulang lagi. Ini juga dapat dilihat pada hari ini, Mansoura University pada mulanya memutuskan kulliyah utk mula pada 19/2 kemudian ditangguh pada 26/2 dan terkini 5/3. Ini telah membuktikan betapa arab ini tidak konsisten dengan apa yang mereka lakukan. Bagi mahasiswa/wi, kalian lebih arif dengan perkara ini, bak kata arab "bukro ! "
7. Keadaan di Mesir nampak tenang sekarang, namun perlu diingat bahawa dari segi politik mereka masih belum stabil, pemerintahan tentera tidak menjaminkan apa-apa selagi the new government masih belum diputuskan. Polis juga masih belum ditempatkan, dan keselamatan buat masa kini adalah insiatif individu tersendiri di Mesir.
Sebarang masalah sila berhubung dengan Wisma Putra bagi pihak Kerajaan Malaysia, dan kami di sini membantu kerajaan Malaysia sebagai perwakilan pelajar, inshaAllah.
Berkhidmat untuk Negara,
Muhammar Amin Abdul Yasin (Abg Amin)
Director, Mansoura Manchester Medical Community (MMMC)
-sekarang di Mansurah, Mesir-
+20161140827
Muhammad Azrul Azizi Amir Hamdan (Azizi Al Fahri)
Assistant Director, Mansoura Manchester Medical Community (MMMC)
-di Malaysia, perwakilan sementara bagi seluruh pelajar Mesir di Malaysia-
+60135010365
Skuad perhubungan sementara Mesir Malaysia
Timbalan, Nurul Nadia Md Zin
Setiausaha 1: Muhammad Azhar Hamzah
Setiausaha 2: Aina Sakinah Azman
Setiausaha 3: Ahmad Akmal Aziz
p/s: kami memohon maaf andai ada panggilan yang tidak dapat dijawab memandangkan ketika itu kami juga sedang menjawab panggilan dari seluruh tanah air, segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri. Wallhua'lam.
walaupun saya bukan pelajar or family members yg blajar di Mesir..tapi saya turut ingin merakamkan terima kasih kepada blogger ini dan jawatankuasanya yg pada saya turut menjayakan operasi piramid ini..Hanya Allah dapat membalasnya
ReplyDeletebukroh! bukroh! :(
ReplyDelete