Followers

Wednesday, February 2, 2011

Update Terbaru Zagazig

arahan perubatan cawangan ZAGAZIG

KRONOLOGI TERBARU :
2.00 a.m. 3/2/2011 : En. Wan Ahmad Tarmizi, wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) menghubungi Dr. Bukhari Muslim berkenaan dengan perpindahan pelajar Zagazig ke Kaherah.

6.23 a.m. 3/2/2011 : En. Wan Ahmad Tarmizi sekali lagi menghubungi Pengerusi PCZ dan memaklumkan bahawa pihak kedutaan akan berusaha untuk memindahkan pelajar Zagazig ke Kaherah pada hari ini. Untuk maklumat lanjut akan diberitahu kepada Pengerusi kemudian.

*p/s : pastikan sentiasa bersama pasport dan boleh mengemas barang masing-masing tetapi hendaklah tidak melebihi 7 kg sahaja.

sumber: Group Perubatan Cawangan Zagazig FB

*kami masih memerlukan info dari setiap pihak. Bagi pelajar Mesir yang sanggup berkongsi maklumat, silalah berkongsi di sini 

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_186828831337499&ap=1

tambahan:
komuniti_dpmz: assalamualaikum...maklumanPENTING kpd seluruh ahli zagazig. arahan terbaru dari KBMK..diminta kpd semua brsiap utk balik.pastikan bersama anda pasport dan barangan tidak melebihi 7 kilo sahaja. insyaAllah kita akan bertolak dari Zagazig pada tengah hari ini.tempat berkumpul akan dimaklumkan pada pukul 10 nanti. harap maklum dan sebar2kan



Azhar Hamzah

8 comments:

  1. Dalam FB dll ada maklumat menyetakan beberapa orang pelajar pasport mereka masih dipegang oleh pihak universiti urusan visa. Mohon ambil perhatian mereka yang terlibat demikian. Semuga ada penyelesaian segera jika perkara tersebut benar berlaku

    ReplyDelete
  2. salam. saya pelajar di tanta. jika pelajar zagzig sudah mendapat arahan perpindahan ke kaherah, kami di sini pula bagaimana?

    ReplyDelete
  3. Student di Tanta di tinggalkan ke ?? langsung tak nampak Tanta dalam senarai evakuasi. Untuk makluman ada seramai 900++ student di Tanta

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. akhirnya dah dikonfirmkan jugak.
    hilang kerisauan keluarga di malaysia kerana pelbagai versi andaian,tanggapan dan order yang kurang jelas sebelum ini. wateva semoga segalanya berjalan dgn lancar n selamat.

    AzyanAaziz: banyakkan bertanye pada ketua pelajar di tanta.. wakil embassy akan terus bg order pd ketua, kalau wakil embassy tak contact then mintak ketua contact. kadang2 dieorg busy mungkin tak dpt call lagi, tapi kalau alang2 dah terima call dari kite nanti bolehlah mereka terus bg order.
    selamat semua.

    ReplyDelete
  5. tanta mcm mana? sunyi sepi ja. mana berita pasal tanta?

    ReplyDelete
  6. salam..

    bagi pelajar TANTA jangan risau.. insya Allah pihak EMBESSY sudah hubungi wakil PCT, jadi akan diberitahu kemudian, sekarang ni masih perancangan utk bertolak 5/2.. jadi harap bersabar dan boleh call DR. ZULKIFLI utk maklumat lanjut.. thankss

    ReplyDelete
  7. Salam, cousin from zagazig juz confirmed (3pm malaysian time) that they will be transfered to Cairo this afternoon and later to Jeddah (TBC). Alhamduillah....

    ReplyDelete